Friday 18 March 2016

P6) Api rindu yang membara

Diriku kini,
Dihantui  kenangan dahulu.
Setiap tingkah lakunya,
Tiada positif dimataku.
Mengapa kini baru ku sedari?
Bahawa dia hakikatnya,
Permata hidupku ini.
Bungaan harum ditaburkan,
Sepanjang galur perjalanan,
Yang tidak seindah jangkaan.
Ya Allah,
Aku rindu akan tegurannya,
Aku rindu senyuman indahnya.
Aku rindu sindiran sinisnya,
Aku rindu usikan dan telatahnya.
Kehadirannya, dahulu aku hina.
Penuh dendam; kebencian menyala.
Namun kini,
Aku dibakar api rindu yang membara ,
Syahdunya meresap jauh kedalam jiwa.
Mutiara jernih sering menitis,
Teringat terakhir wajah ditatapi,
Penuh cahaya dan bersinar.
Raut yang dahulu aku benci,
Saat itu sangat menenangkan.
Pabila terngiang kata akhirmu,
Aku terkaku.
Ya Allah,
Aku rindu.
Sebal terakhir aku melihat jasadmu,
Kau sudah pergi, sedangkan aku?
Tiada disisimu.
Lama aku menunggu,
Berharap menanti kepulanganmu.
Namun,
Kau pergi meninggalkanku.
Kucupan akhir di dahimu,
Permulaan hidupku yang baru.
Aku mula diganggu dilema,
Dahulu aku benci,
Mengapa kini aku cinta?
Dahulu aku dendam,
Mengapa kini yang ada,
Hanya rindu yang mendalam?
Aku buntu Ya Allah,
Api rindu ini,
Bagai diasak untuk membara.
Kini, yang tinggal hanya janji padamu,
Janji ku bisik perlahan ke telingamu,
Masih mekar; harum dalam hidupku.
Ellshazraa, Peristiwa September 2015

No comments:

Post a Comment

Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA