Wednesday 23 March 2016

P44) Warkah Dari Hati

Adakah aku, terlalu ambalela?
Sering membuat kau terluka,
Sedang kau tak bersalah,
Aku acapkali dihantui rasa.
Bukan aku tak hargai,
Segala cangkir tersimpul mati,
Semua genggam dihati,
Tak mungkin semuanya mati.
Aku lemah disamun minda,
Dengan khayalan merasuk atma,
Aku tak mahu diri kecewa,
Merintih saat kalbu derita.
Adakah aku pentingkan diri,
Hingga lupa jasa dan janji?
Aku dikurung kanjus cinta,
Ku mahu kau turut bahagia.
Biar kali ini aku dibenci,
Segala rawan ku pendam di hati.
Aku mahu kau ceria,
Bersama ganti; pengubat duka.
Usah ditanya apa salahmu,
Semuanya berpunca dariku,
Ku sedar tak daya menjagamu,
Bahkan tak mampu mendingin hatimu.
Ellshazraa, 
23 Mac 2016, 2319pm

No comments:

Post a Comment

Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA