Wednesday 23 March 2016

P10) Aura Inspirasi

Terbelengu dalam tempurung keegoan,
Sesekali diduga aku mempersoalkan.
Ya Tuhan, aku tak mampu lagi,
Tidak kuat untuk bertahan,
Aku lemah; hilang segala daya.
Aku merayu-- merintih,
Usaha mengingati keagunganmu,
Semuanya hanyut diarus masa.
Hari ini dibukakan hati,
Terserlah kehadiran seorang insan,
Menyedarkan aku erti kehidupan.
Inspirasi bersama beriring hidayah,
Membeliakkan mata dan minda.
Kisah menyayat hati pendengarnya,
Meruntun jiwa; menikam ego membara.
Kini aku mulai sedar,
Kisah perit adalah anugerah,
Menjadikannya manusia yang tabah.
Dimata manusia dicaci hina,
DimataMu diangkat darjatnya,
Kehadiran mengetuk kesedaranku,
Tiada lafaz layak diaksara,
Melainkan rasa syukur kehadratMu.
Akan kekal kah aku disisinya?
Atau akan diambil semula?
Ya Tuhan, sesungguhnya aku redha,
Apa milikmu ingin dipulang semula,
Demi melihat kesedaran tercipta,
Ikhlas kerana keagungan cintaMu,
Atau cinta manusia semata mata.
Ellshazraa, Januari 2016

No comments:

Post a Comment

Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA