Friday, 12 July 2019
P108) Perbezaan Warna Kulit
Mengapa saya bahas isu yang sudah lama lapuk ditelan zaman ini? Setiap orang pun dah tahu tentangnya, satu fakta yang sangat klise tapi teramat sensitif. Baiklah, bagi saya ketiga-tiga kaum ini sangat diperlukan, sebagai contoh di sekolah, universiti, tempat kerja dll. Mengapa? Kerana pendapat dan pandangan mereka berbeza-beza. Kerana inilah kita unik.
Secara jujurnya, saya tidak pernah memilih untuk berkawan dengan siapa. Sama ada melayu, india atau cina kerana bagi saya, kita sama-sama manusia. Saya mesra dengan semua, asalkan mereka turut baik dengan saya.
Tapi, saya sangat sakit hati bila tengok sesetengah orang melayu yang memandang rendah kaum lain. Segelintir ya, bukan semua. Mungkin kerana wujudnya titik riak atau sikap membeza-bezakan dalam hati mereka. Saya kasihan dengan kaum india, kerana orang melayu suka perlekehkan mereka, sebab itu kadangkala mereka berusaha dengan lebih keras sehingga lebih berjaya dari kaum melayu.
Mengapa segelintir orang melayu ramah dengan orang cina tidak dengan orang india?
Kerana perbezaan warna kulit.
Sejak kecil mereka diajar bahawa yang putih itu cantik. Orang berkulit putih itu comel. Kadang-kadang dunia kelihatan tidak adil, kerana rupa; salah silap mereka terlindung dibalik wajah.
Bila lihat sahaja orang berkulit gelap, persepsi mereka sudah berubah. Yang gelap ini pastinya kotor. Sudah tentunya tidak. Sedangkan jelambu kaabah yang hitam itu lebih menyenangkan berbanding kain kafan yang putih bersih. Malah, Bilal Bin Rabah yang berkulit gelap itu sendiri adalah ahli syurga.
Kesimpulan kecil yang mudah disini, sama ada dia cerah atau gelap; tempatnya sama di sisi Tuhan. Yang membezakan adalah amal ibadat atau perwatakan mereka. Tingkah laku mereka yang pantas dinilai, bukannya warna kulit mereka.
Kadangkala persepsi orang melayu itu begini, yang cerah itu pembersih, yang gelap itu pengotor. Jika orang india itu sebersih mana pun, disebabkan dia berkulit gelap, dia dianggap kotor. Jika orang cina atau melayu yang berkulit cerah itu tidak mandi sekali pun, orang tetap anggap dia bersih kerana kulitnya putih.
Saya kecewa, apabila ada orang melayu yang agamanya Islam sanggup menyakiti kaum lain kerana perbezaan bangsa dan warna kulit. Sedangkan Islam itu sangat indah dan menuntut kita untuk berbuat baik dengan semua manusia tidak kira agama dan bangsa.
Mulai hari ini, ubahlah persepsi anda terhadap kaum lain. Berhenti daripada terperuk di dalam minda yang sempit dan negatif. Kerana mindset anda yang teruk itulah, anda tidak berjaya.Wallahualam.
PUISI PERPADUAN
Kini, sudah tiba masanya
Aku dan kamu menepis sengketa
Visi negara dijulang bersama
Dipasak langkah; berjuang setara.
Kita adalah bangsa malaysia
Berteduh di bawah jumantara kelabu
Berkongsi subur tanah dan segar udara
Saling percaya dan berganding bahu.
Biar berbeza rupa dan warna
Di kota dan desa seia sekata
Di bawa nama ke persada dunia
Teguh dipegang bersama-sama.
Berbeza adat berlainan pendapat
Digaul dicantum menjadi erat
Negara maju kerana muafakat
Perpaduan dipupuk dalam masyarakat.
Kita; bakal membentuk sebuah sejarah
Jadikan ia hikayat yang indah
Pahit maung telah diredah
Berikan anak cucu kita masa depan yang cerah.
Kita; adalah masa depan Malaysia
Bangkitlah menjadi pembela
Jika tanah ini dicemari derita
Kerana kita; satu Malaysia.
-Ellshazraa, 2017
P107) CINTA
Hanya kita yang tahu buruk dan baik Sang Arjuna. Hanya kita yang mampu melihat tingkah laku Si Dewi Ratna.
Biar ada cacat cela dimata setiap manusia, namun kita dikaburi dengan helah afeksi dan benih cinta yang mula bercambah.
Nanti; hanya akan ada seorang insan yang bakal menjagamu. Melindungi dan setia melayani karenahmu. Bahkan, menyusun rona-rona pelangi buat mengukir senyumanmu.
Namun, apa kau benar-benar pasti hari itu kan muncul nanti? Apa kau yakin, pelangi itu bakal tercipta, atau tanah menimbusi jasadmu yang dihanyut helah cinta?
Ellshazraa, 25 Sept 2018
P106) Pasti Ada Yang Pergi
Akan ku sebar debunga wangi,
Memulihkan hati yang semakin retak,
Terus menerus menyatukan hati.
Meski aku sudah tahu,
Tidak semua setia denganku.
Pasti akan ada antara kita,
Pergi dan tidak menoleh semula.
Ellshazraa, 16 Nov 2018
Sunday, 24 March 2019
P105) Aku, Pen Dan Kertas
Ellshazraa
P104) GANTI
Kerap terbuang
Warkah cinta
Bebas terbang
Teguh di menara langit
Perang bersaing sengit
Hilang bayang-bayang
Dikucup lantang
Semua memandang
Tinggal kenang
Ellshazraa
P103) Ilusi 6 Sept
Malam gelita diterangi lampu jalan yang menguning. Bak langit jingga yang aku tatapi kelmarin.
Seorang diri aku disini, bukan kerna alasan yang tak pasti. Sekian lama aku menanti namun ia tidak kembali.
Ada pernah suatu ketika, bayangan dia berdiri megah. Tersenyum mesra di bawah tiang lampu, melambai lambai ke arahku.
Namun kini; wajahnya tak muncul lagi. Terus lenyap bersama malapnya sinaran itu. Dan aku terpaku; terus menangisi pemergianmu.
Ellshazraa, 2016
P102) Monolog 28 Jun
Biarkan percikan darah mencemari setiap insan bernyawa. Asal kau dekat bersama maka sedialah tuk dinodai tinta sialan namun penuh keikhlasan dalam bait aksara picisan tanpa noktah. Asal kau tahu di ketika aku menggarap puisi-puisi derita, darah tersimbah memarak nyalaan api yang membakar jiwa, hingga tiba saat air memadamkan bara, debu berterbangan tiada tinggal meski satu daripadanya. Usah kau cari lagi cebisan-cebisan hati yang berkecai kerna duka.
Ellshazraa
P101) Al-Aqsa ; Bukan Pengakhiran
Kata picisan ini kami layangkan,
Buat saudara seperjuangan.
Semangatlah kalian jangan menyerah,
Al-Aqsa selamanya milik kita.
- Ellshazraa
Kita punya pencipta yang agung,
Maha kuasa memberi penentuan dalam perancangan,
Doa yang tidak putus-putus,
Senjata paling agung tidak dapat dibandingkan.
- Bahira
Dibandingkan dengan segala seksa,
Sungguh dahsyat kalian semua menderita,
Raungan kalian tiada pendengarnya,
Jelaslah agenda durjana yang menyembunyikannya.
- beau
Menyembunyikannya tidak semudah yang disangka,
Perit dan pedih seakan sudah terbiasa,
Darah dan nyawa menjadi mainan mereka,
Demi al-aqsa rela kalian korbankan tubuh.
- zaa
Tubuh yang longlai bukan sia-sia,
Pertahan agama negara tercinta,
Manusia dunia mampu bicara ,
Namun hanya mereka tahu segalanya.
- ds
Segalanya yang menyebabkan cinta dan negara,
Bersatu terus di dinding kalbu,
Engkau tahu? Bagaimana sakitnya jiwa ini?
Persis hati yang ditikam bertubi.
- Pena menulis
Bertubi tubi hentaman menerpa kalian ,
Manusia disini hanya mampu membuat kesimpulan ,
Sedangkan kalian menghadap perbalahan dan amukan ,
Maafkan kami yang disini dalam kelalaian.
- Chuaa
15DIS2017, 2000pm.
Kolaborasi 7 Pemuisi GTBP
Tuesday, 5 July 2016
P100) Luahan seorang penulis
Ya Rahman Ya Alim
Sesungguhnya di tiap bait aksaraku,
Berbekalkan Ilham pinjaman dari-Mu.
Sungguh besar nikmat diberi,
Sehingga mampu menepis nyali,
Tatkala qalbuku mati ditusuk duri.
Ya Fattah Ya Alim
Disetiap masa hati kosong tanpa erti,
Surat dari-Mu mengisi cinta di sanubari,
Dengan bungaan kalam menguatkan hati.
Ya Aziz Ya Azim
Satukanlah hati pemuisi,
Beri ketabahan kepada kami,
Agar kami tidak akan berhenti,
Untuk terus bermadah puitis.
Ya Khabir Ya Adl'
Berikan kami kudrat dan iradat,
Untuk mengekalkan persahabatan,
Yang wujud dari kalimat berharkat,
Agar aksara diiringi rahmat.
Ya Wahab Ya Razak
Semoga kami terus menulis,
Setiap rangkap setiap baris,
Tanpa niat untuk mengguris.
Moga terus memuntahkan rasa,
Dengan kata-kata yang indah,
Menenangkan hati yang gundah.
Mei,30,2016. 1646pm.
Luahan seorang penulis.
Hanis Shazira//🍃
P98) Karya Diplagiat
Ku sangkakan benar-benar hebat,
Sedangkan karyanya hanya plagiat!
Usah segan dipandang rendah,
Malulah pabila berpura-pura.
Masih ramai diluar sana,
Yang jahil erti karya,
Nilainya tidak terlalu murah!
Untuk disebar merata-rata,
Ditukar nama penulis asal seenaknya!
Ilham-- dimana dapat kau beli?
Segalanya kurniaan Tuhan,
Yang tidak pernah putus memberi,
Kepada seseorang; sebagai pinjaman.
Cukuplah dengan sandiwara,
Berlagak hebat dengan karya,
Berhenti rakus dengan mencuri,
Kelak bakal membinasa diri.
mei29,2016,1706pm
Karya diplagiat,
Thehanisshazira
P97) Arisan Puisi GTBP
| Arisan Puisi |
Group Whatsapp
The Bicara Pena ( GTBP )🌸
Warkah ini aku coretkan, mengisahkan perjalanan ranjangku yang kesesatan. Dosa-dosa lamaku kian menghantui, lantas aku mengambil tempat di sebuah kamar yang sunyi. Sepi; seorang diri. Di tengah kotak yang kosong itulah aku berdiri, tidak berpenghuni, sekadar jasadku dalam kesamaran malam-- bersendiri.
@Thehanisshazira
Bersendirinya aku di tepi pantai yg indah tiada yang menemani, disinari cahaya matahari yang menusuk di hati, teringin aku pergi berlayar, menaiki kapal mengelilingi samudera, tetapi apa kan daya, aku hanyalah insan biasa yang sebatang kara, tetapi aku, tidak akan berputus asa.
@Ariff
Berputus asa-- sekadar tindakan yang sia-sia dalam kehidupanku. Kerna, setiap kali aku gagal mencapai matlamat ranjangku, pasti berpunca dari kudratku yang kehilangan harap, untuk terus melangkah mengatur derap dan mewarnai hidupku.
@hairy
Hidupku mungkin masih ada yang tidak mengerti--
mengapa aku suka berpuisi tanpa henti.
Duduk sendiri di malam hari,
goyang kaki sambil makan roti. Ia mengambarkan jiwa aku yang mati, Ia mempamerkan bahawa aku tidak berhati, menunjukkan berpuluh kali aku disakiti
walaupun hakikatnya puisi tidak aku mengerti.
@Bie_azrn
Mengertilah, atma ini sudah sekian lama menderita. Acapkali cinta itu menyeksa jiwa dan raga. Di setiap ketika, aku cuba mencurahkan tulus sepenuh atma, namun dibalas cinta yang sekadar berpura-pura.
@Nurul
Berpura-pura aku melontar riak wajah serakah tatkala mendengar hujahan hambar yang dilafazkan dari bibir manis mu. Prejudis tentang dirimu yang dilemparkan oleh pengkritik sejagat tidak meruntuh benak dan raga ku. Aku kian nanar dengan personaliti diriku kerna gampang menerima mawaddah ilusi darimu.
@shahiraabdullah
Darimu-- aku peroleh banyak pengajaran berharga. Walau hanya sebentar menemani hidup ini, kenangan indah tidak akan aku lupa. Meski kekecewaan itu pernah aku alami, ia membuat aku belajar erti kesabaran dan bangkit dari segala keperitan. Kerna kecewa itulah, yang memberi iktibar agar aku terus tabah menghadapi setiap masalah.
@Indahjumadi
Masalah; tidak pernah berhenti mengelilingi, sehingga timbul benci akan diri sendiri. Tapi, aku gagahkan hati dalam mencari semangat yang hampir mati, meski aku tidak dihargai. Aku percaya-- Dia ada untuk memberi bahagia, walaupun terpaksa aku menempuh duka dan lara, sebelum dapat menikmati bahagia.
@Dekda
P96) Kejatuhan
Lalu termangu buat seketika,
Aku soalkan pada diriku,
Perlukah aku menangis kecewa?
Biar!
Biarkan si rakus terus berdusta,
Biarkan Tuhanku yang membalasnya,
Hanya Dia layak mengadilinya.
Bukan pisau mahupun parang,
Tapi dihunus pedang kata,
Tertusuk jauh kedalam jiwa.
Berdarah hampa dengan sengketa.
Aksaramu tajam mengguris atma,
Membiarku karam bersama derita.
P95) Siratan Aksara
Ketakutanku-- melafaz kata,
Lantas apa yang aku lakukan?
Sekadar menconteng diatas kertas.
Sarat dengan tamsilan,
Titik-titik hitam menakutkan,
Semua kisah yang aku selindungkan,
Dibalik kiasan kata,
Dicelah puitis indah.
P94) Keresahan
Jiwaku merintih mahu kau bersama,
Ada disisi dengan senyuman manja,
Mengukir bahagia dikala duka.
Tatkala aku mula merinduimu,
Menatap potret kita bersama,
Terkenangkan memoir syahdu.
Hatiku berdebar hilang arah?
Segala cangkir mewarnai hati,
Ketiadaanmu membuatku lemah.
Hidup subur di dalam jiwa,
Aku gerun dengan kehilangan,
Dirimu-- pohon yang ku puja.
Hidup rendang meneduhkan aku,
Sedia lakukan segala buatku,
Demi melihat senyum dibibirku.
P93) Kenangan Lama
Dengan ombak membedil pantai.
Dengan rindu ku pada mu,
Yang tidak pernah terungkai.
Pada perih yang engkau layangkan.
Untuk apa kau buat begitu,
Meninggalkanku tanpa alasan?
ketiadaanmu menusuk qalbu.
Kini-- aku dapat melupakanmu,
Membiar kenangan terus berlalu.
Setelah jiwaku disiat duka?
Hatiku hancur bagaikan kaca,
Kerna kau pergi tanpa berita.
Bersama pujangga pujaan,
Tanpa diriku yang hina,
Gagal memberi kebahagiaan.
P92) Terlalu Cinta
P91) Cinta Yang Pergi
Namun kau tiada disisiku.
Berdiri aku disini; sunyi,
Tanpa hadirmu menemani.
Mengejar cinta palsumu.
Yang kini kian pudar,
Malahan semakin rapuh.
Aku hanya mampu berdiam diri,
Meski airmata berjuraian di pipi,
Berharap agar silir meniupku pergi.
Jauh dari kelukaan hati,
Yang semakin perit ditusuk duri,
Bersama cangkir menyayat hati.
Segala kenangan menghantui fikiran,
Hapuskanlah segala memori,
Jiwaku merintih melawan perih.
Melepaskan segala genggaman.
Namun aku perlu melangkah bangkit,
Menyeka airmata kekecewaan.
Bagiku semuanya sudah berakhir.
Maka tinggalkanlah aku disini,
Terus bernafas; meski hatiku mati.
P90) Jalan Berliku
Seorang diri, bermuram durja.
Ranjang lamanya suram,
Dikelami malam, cangkir menikam.
Yang disangka telah berakhir.
Sebaliknya bersambung tanpa henti,
Memakan dirinya dengan levitasi.
Di celahan bingkisan.
Terperuk; tanpa sebarang kesan.
Hakikatnya dia dihantui nelangsa,
Terbawa galur sendalu yang berbisa.
Dibawah teduhan cahaya lampu,
Menerangi lorong gelap mendingin kalbu,
Demi membina kehidupan yang baru.
P89) Bidadari Hati
P88) Bunga Api
Adalah gabungan bahan yang meletup dengan kilauan di langit.
Rahsia; kenangan kita diselindung dengan memoir bahagia walau hakikatnya perit.
Kuprum dicampur membentuk warna merah manakala berilium mewujudkan biru hingga rona-rona itu bersatu mengindahkan cinta.