Thursday 31 March 2016

P52) Sekilas Imbauan Kenangan

Episod lama kembali menghantui,
Ranjang baru yang aku diami,
Kala kegelapan mulai pergi,
Rembulan hadir memunculkan diri,
Mengungkit cangkir merobek hati,
Hingga aku--
Terimbas semula segala memori.
Padah miliki hati selembut sutera,
Senang tersentuh dan terluka,
Sungguh mudah melupa segala,
Walau perihnya mencengkam jiwa.
Sungguh sukar memadam ingatan,
Segala janji yang disimpulkan,
Denganmu; tercipta ribuan kenangan,
Kian menuntun atma keretakan.
Ditenggelami salju; aku kedinginan,
Terdiam kaku kerana kesejukan,
Adakah kau dikanjus kerinduan?
Jujurlah, jiwa mendamba kepastian.
Hadirmu membawa pertanyaan,
Menghujani aku dengan persoalan,
Mengapa hadirmu menyukarkan?
Kini kerna mu, ku timba pengalaman,
Melindungi aku dari kejahilan,
Dari terus lemah membuat keputusan.
Ellshazraa, 
31 Mac 2016, 2215pm





P51) Demi Cinta

Andai patah sayap rajawali,
Demi cinta kan terbang ke mari,
Hanya tuk lihat pemilik sanubari,
Mengukir senyum terakhir kali.
Amsalkan aku di tengah samudera,
Terkapai-kapai mencari jasadmu,
Demi kasih ku renangi bahaya,
Harungi ombak menuju hatimu.
Sekiranya aku kehilangan deria,
Untuk melihat aura wajahmu,
Aku rela kurangnya segala,
Kerna hadirmu dalam atmaku.
Biar malamku semakin kelam,
Tanpa ada cahaya rembulan,
Hadirmu ceria segala muram,
Galur ku cerah sepanjang jalan.
Andai tersadung di pengakhiran,
Bimbinglah aku untuk bangkit,
Kembali ke lembah kebahagiaan,
Bersamamu; lewati segala perit.
Ellshazraa, 
31 Mac 2016, 1846pm







P50) Hiba Merasuk Minda

Tuhan,
Aku tak pernah meminta,
Supaya hatiku berubah.
Tuhan, berikan aku rasa,
Tuk mencintainya semula.
Aku tak mahu jauh darinya,
Jujur, tak mampu berpisah,
Aku sesat tanpa cintanya,
Derita membara tanpa hadirnya.
Tuhan, beri aku kekuatan,
Untuk menghapus memori,
Setiap cangkir kebahagiaan,
Yang kian menghantui.
Aku tak bisa melenyap namamu,
Sunguh besar makna buatku,
Namun situasi semakin hiba,
Hingga terpaksa jarak bicara.
Aku hanya pencinta yang lemah,
Marhaen kerdil menagih cintanya,
Aku terasa kejamnya jiwa,
Tega membiar kau terluka.
Puas aku mencari,
Segenap relung terselit kasih,
Namun masih tak ku temui,
Alasan tuk kekal disisi.
Mungkin tak mampu bertahan,
Lebih lama; semakin menyakitkan,
Aku buntu untuk meneruskan,
Biarkan aku; sepi keseorangan.
Ellshazraa, 
31 Mac 2016, 1340am

Wednesday 30 March 2016

P49) Masih Hilang

Semakin lama dihanyut masa,
Semakin ku hilang segala rasa,
Buntu menilai kehendak atma,
Hingga akhirnya derita menyeksa.
Lenyap semua sumpah setia,
Bersama tenunan benang cinta,
Walau jiwa kecewa; hampa,
Ku relakan agar kau bahagia.
Aku tersesat di kala malam,
Mencari hilangnya aura bulan,
Perasaan ditenggelami; kelam,
Hingga hilang arah tujuan.
Apa sebenarnya kehendak hati?
Kerap disoal tanpa henti,
Jalan mana harus dipilih?
Aku kusut mencari erti.
Melukakan; aku tak tega,
Setelah dayamu berusaha,
Setia bersama mungkin tak lama,
Ku rasa jiwa mulai berubah.
Kini ku sering bermadah,
Setiap kata balik aksara,
Sungguh lidah kelu berkata,
Denganmu; diam seribu bahasa.
Ellshazraa, 
Makmal Fizik SMKSP
24 Mac 2016

P48) Kata Putus

Tersentuh hati ini,
Keliru tuk menilai,
Cinta mana yang hadir,
Teguh di sanubari.
Aku memilih tuk menanti,
Setia di sisi setiap hari,
Takkan pernah, akan pergi.
Kerna ku tak ingin melepas janji,
Yang dulunya terpahat didalam hati.
Syahdu melihat kau menangis,
Ku tak mampu tuk mengakhiri,
Baru ku sedar; kau terbaik,
Dalam hidupku ini.
Untuk apa ku pergi meninggalkanmu,
Sedang kau bersunggguh beriku bahagia,
Jujurku berat tuk mengakhiri,
Kau mencuri separuh jiwaku.
Dan aku tak ingin,
Melihat kau menangis,
Kerna hati tak mampu,
Tersenyum diatas kedukaanmu.
Ellshazraa, 
30 mAC 2016, 1404PM

P47) Genggam Yang Terlepas

Tak pernah ku duga,
Musnah segala yang dibina,
Selisih faham tercipta,
Sehingga atma derita.
Perubahan tak diminta,
Berlaku diluar minda,
Tak terfikir dek jemala,
Semua hilang sekelip mata.
Simpati menghurung jiwa,
Tak sanggup kau terluka,
Syahdu mendengar esakan,
Hentakan memanah perasaan.
Bukan kau layak dipersalahkan,
Cuma aku yang kesesatan,
Sunyi mencari perhatian,
Saat dirimu disaluti keegoan.
Jauh di sudut hatiku,
Hakikat lemas dalam rindu,
Kian menjadikan aku keliru,
Buntu mencari auramu.
Aku dihantui dilema,
Keputusan bagiku sukar,
Bagai tak mampu beraksara,
Kerna, hablur sepi membara.
Berat hati meninggalkanmu,
Lebih sukar tuk mengecewakanmu,
Hingga aku diselubung lagu,
Not-not indah gelak tawamu.
Ellshazraa, 
Perpustakaan SMKSP
27 Mac 2016, 0830am

Friday 25 March 2016

P46) Taman Atma

Semakin lama,
Benih cinta; galak bersemaian,
Bungaannya harum bertaburan,
Diatas pusara yang kelayuan.
Semakin lama,
Rasa kasih; galak bercambah,
Pucuknya subur berkeliaran,
Di taman indah wujud di jiwa.
Semakin hari,
Mawar merah; galak mekar,
Kelopaknya berputik dihati,
Kuntuman ceria; sangat jelita.
Semakin hari,
Hidup dihiasi rama-rama,
Pelbagai warna; menguasai takhta,
Hinggaku lupa segala duka.
Namun,
Aku tak mahu bungaan layu,
Aku enggan semuanya musnah,
Tinggal maya; harap yang palsu,
Membiar sanubari kembali derita.
Ellshazraa, 
25 Mac 2016, 2300pm

P45) Rindu Pada Sahabat

Aku tak pernah menyangka,
Purnama indah akan suram,
Bersama harapan kian pudar,
Semakin gelita dikala malam.
Kala hati disentuh bahagia,
Saat diri mulai gembira,
Atma ditikam rasa kecewa,
Penuh hampa memanah jiwa.
Aku menunggu masanya tiba,
Waktu meluah rindu membara,
Api marak tak tertahan lagi,
Semakin panas membakar diri.
Namun semua tinggal harapan,
Hancur berdebu menjadi kepingan,
Punah bersama segala keriangan,
Tinggal aku memujuk perasaan.
Sungguh aku memahami,
Rasa ditusuk mawar berduri,
Kenyataan sakit tak terperi,
Hingga layu seorang diri.
Biar rindu terus merasuk,
Menguji ikatan persahabatan,
Biar segala rasa diperuk,
Walaupun perit; aku relakan.
Ellshazraa - Fatihah 
25 Mac 2016, 2238pm

Wednesday 23 March 2016

P44) Warkah Dari Hati

Adakah aku, terlalu ambalela?
Sering membuat kau terluka,
Sedang kau tak bersalah,
Aku acapkali dihantui rasa.
Bukan aku tak hargai,
Segala cangkir tersimpul mati,
Semua genggam dihati,
Tak mungkin semuanya mati.
Aku lemah disamun minda,
Dengan khayalan merasuk atma,
Aku tak mahu diri kecewa,
Merintih saat kalbu derita.
Adakah aku pentingkan diri,
Hingga lupa jasa dan janji?
Aku dikurung kanjus cinta,
Ku mahu kau turut bahagia.
Biar kali ini aku dibenci,
Segala rawan ku pendam di hati.
Aku mahu kau ceria,
Bersama ganti; pengubat duka.
Usah ditanya apa salahmu,
Semuanya berpunca dariku,
Ku sedar tak daya menjagamu,
Bahkan tak mampu mendingin hatimu.
Ellshazraa, 
23 Mac 2016, 2319pm

P43) Belengu Fikiran

Aku; keliru membuat keputusan,
Diriku buntu, sesat di jalanan.
Utama kepentingan,
Atau pendam perasaan?
Sungguh,
Ku tak mahu belitkan simpulan.
Hidupku sering menjaga hati,
Walau terhiris, luka diubati.
Kalbu mereka dijaga teliti,
Sedang sanubari ku, terus disakiti.
Aku alpa dalam maya,
Bersama cinta nan bahagia.
Namun ku tak mahu kau terluka,
Tika aku, mengukir tawa.
Diriku amsal dilaut samudera,
Cemas, dikelilingi bahaya.
Hanya dua pilihan di minda,
Biar lemas atau ditelan bisa.
Galur hidup sudah ditentukan,
Tinggal aku; menyusun derapan,
Hanya mampu mengikut naluri,
Apa yang tergerak didalam hati.
Maaf andai tingkahku melukai,
Sedangkan jauh di lubuk hati,
Dirimu masih ku sayangi,
Namun perubahanmu memberi erti,
Diriku; tak diperlukan lagi.
Ellshazraa, 
23 Mac, 2247pm

P42) Cangkir Bahagia

Aku-- sembunyi lelah dalam senyuman,
Realitinya sarat dengan bebanan,
Meski berpurnama cuba tahu,
Ku tak yakin sesiapa mampu.
Terima kasih atas segala,
Kerna mengukir senyumku semula.
Ranjang yang sepi kini indah,
Kerana hadirmu bersama.
Maafkan andai tidak mampu,
Melayani karenahmu,
Harap kau setia sahabatku,
Walau aku tiada disisimu.
Derap langkah diisi namamu,
Setiap tenunan dihiasi suaramu,
Bukankah kamu mencuri fikiranku?
Sehingga tiada lain dihatiku.
Seluas samudera kasih sayang,
Tak setaraf rindu padamu,
Wajah sahabat kerap terbayang,
Penuh cinta bersaluti rindu.
Ku mahu kau hiasi duniaku,
Saban hari menemaniku,
Biar singkat masa denganmu,
Cukup sekadar mengubat rindu.
Ellshazraa, 
20 Mac 2016, 1600pm

P41) Kunci Aksara

Mendung-- langit kian suram,
Iringi bersama titisan hujan,
Fatamorgana, dikelami malam,
Tekur; menundukkan pandangan.
Airmata--mula berjuraian,
Kalimatmu menjelma di ingatan,
Ubat bagi segala kedukaan,
Lantas terselamat dari kelemasan.
Abdikan namamu dalam atma,
Rancak bersemai di jiwa,
Igauan menghantui minda,
Fikiran? Bermaharajalela.
Impak besar; tepis nestapa,
Nyata; hadirmu bawa bahagia.
Ellshazraa, 
20 Mac 2016, 1830pm

P40) Rawan Balik Aksara

Aku-- sembunyi rasa dalam kata,
Setiap bait terselit galur cerita,
Cara aku mengungkap peristiwa,
Dalam aksara, sembunyi dilema.
Segenap relung, cangkir tersimpan,
Diperap rapi dalam gubahan.
Tersorok jauh celah bingkisan,
Segala perasaan diluahkan.
Tiada lain layak digenggam,
Andai tiada tulus dihati,
Jujur, atma damba tenteram,
Ada yang tega sama jalani?
Acap kali jiwa merintih,
Jemala sigap persis kilat,
Jari menggigil menahan perih,
Mencoret luahan penuh ligat.
Setiap aksara dalam puisi,
Berkisah tenunan ceritera,
Amsalkan ada ingin kenali,
Terbitkan hasrat, bongkar rahsia.
Ellshazraa, 
16 Mac 2016, 2141pm

P39) Layu Dek Kehampaan

Hari ini malamku suram,
Radang berbaur geram.
Memang aku yang ambalela,
Ku akui tanpa curiga.
Aksaramu mengguris kalbu,
Membuat aku terdiam kaku,
Mengalir mutiara dek buntu,
Ranjang yang gelap kian syahdu.
Aku hanya marhaen lemah,
Tiada sekelumit pun sempurna,
Namun aku punya rasa,
Pabila hati hampa; kecewa.
Bukan mudah meluah rasa,
Yang terperosok di dalam jiwa,
Tiada siapa memahaminya,
Biar saja pendam derita.
Ranjang lamamu kelam,
Kau merintih; suram.
Kini tirai baru dibuka,
Bulan cerah terangi malam,
Sedang aku? Dicangkir lama.
Adakah aku terlalu hina?
Diherdik; dimara sedemikian rupa,
Aku picisan tiada upaya,
Menyusahkan; sarat dosa.
Langkah sasar tiada sengaja,
Terjerumus di kancah duka,
Aku terbungkam; terkesima,
Hilang daya tuk beraksara.
Tiada guna membela diri,
Hakikat tetap dianggap dusta,
Lebih baik berdiam diri,
Terbujur bagai tiada nyawa.
Yang cerah kini gelita,
Mentari lenyap tak diduga,
Tinggal aku dikala senja,
Masih sendiri, atma terseksa.
Ellshazraa, 
19 Mac 2016, 2152pm

P38) Hanya Kamu Dihatiku

Cinta kita berkembang jelita,
Harum mewangi, mekar di kelopaknya.
Bertiup lembut bersulam rindu,
Cabangan akar tiada penghujung.
Bersamamu kenangan indah,
Walau sesekali tiada mesra di jiwa.
Pertengkaran lumrah bercinta,
Jika tiada yang pahit,
Bagaimana kan merasa manisnya.
Walau berjuta pilihan di hadapanku,
Jantung memilih jadikan kamu nadiku.
Walau beribu mengaku,
Bisa membahagiakanku,
Hati memlilih kamu,
Untuk berada disampingku.
Apabila cinta membuka tirai,
Mulalah rindu menguasai diri.
Sungguh aku tidak mampu menahan,
Rasa siksa dan perihnya raga ini.
Segala ungkapan manis janjimu,
Ku simpul mati ku pahat di ingatan.
Percayalah jua padaku,
Yang cinta ini akan ku pertahankan.
Selagi hayat ini dikandung badan,
Tidak akan engkau aku persiakan,
Selagi degupan masih berjalan,
Tak akan pernah  aku tinggalkan.
Aku sedar diri tak sempurna,
Namun,
Kerana engkau bersumpah setia,
Berjanji sungguh sentiasa bersama,
Kotakan lah harapan itu,
Jangan dijadikan janji yang palsu.
Andai tidak ditakdirkan bersama,
Untuk melayari bahtera.
Sungguhku mahu kau bahagia,
Simpanlah segala kuntuman nan indah.
Selitkan bersama kenangan peristiwa,
Jujur aku sentiasa bahagia,
Bersama kamu yang dicinta.
Berpautlah pada pegangan ini,
Tabah dan sabar menjalani  dugaan,
Kerana di sebalik ujian,
Tersembunyi hikmah; perbaiki hubungan.
Tempat istimewa hanya satu,
Meski ribuan datang kepadaku,
Walau jauh lebih baik darimu,
Tetap hanya kamu dihatiku.
Ellshazraa, 2015
Tajuk & Tema dari Syahira

P37) Selimut Rasa

Bingung menghantui atma,
Bergelojak meronta-ronta.
Dengan tidak diduga,
Keakraban mulai terbina.
Semakin lama, keanehan terasa.
Bergelora; ada yang berbeza.
Adakah aku diselubung cinta,
Hingga kegelapan; tiada cahaya?
Salju putih menimbusiku,
Hingga aku dingin membeku,
Tiada lagi mencipta gerakan,
Hanya kaku dengan harapan.
Jasad terbujur dikarami rindu,
Lemas ditengah lautan biru.
Tidak semena hujan berjurai,
Tiada daya untuk melambai.
Aku; terdiam menunggu masa,
Untuk meluahkan segalanya.
Yang terpuruk di dalam atma,
Terperosok jauh di dalam jiwa.
Ellshazraa, 
16 Mac 2016, 2202pm

P36) Buntu Dalam Pilihan

Tirai hidupku dilabuhkan,
Bersama juraian mutiara,
Aku sering merasakan,
Keanehan berlegar di minda.
Segenap relung aku mencari,
Apakah maksud rasa ini.
Atma terus membongkar isi,
Mungkinkah aku terlalu sepi?
Ya Allah Ya Rahman,
Marhean ini hilang arah,
Sesat di dalam perjalanan.
Luka tertusuk semakin parah,
Layakkah aku menerima penawar?
Picisan ini hilang daya,
Kian tersesat dalam pilihan,
Buntu memilih jalan yang mana,
Namun, tidak tega melukakan.
Aku mulai merasakan,
Perubahan sukma membara,
Hanya membiar kenangan,
Hingga lenyap selamanya.
Ellshazraa, 
16 Mac 2016, 1300pm

P35) Jarak

Usah ditanya mengapa terjadi,
Manusia lemah berjauh hati.
Lumrah; minda dikuasai curiga,
Hingga terhiris, terus berduka.
Tidak ku janji sampai kapan bertahan,
Kerna ku lesu tanggung sengsara.
Aku dihantui rindu dan kenangan,
Semakin lama tak tertanggung rasa.
Ku cuba menaruh percaya,
Namun kau anggap ini dusta.
Tidak pernah aku berpura,
Atau kah kamu yang ambalela?
Aku di kanjus cinta,
Atma ku bergelojak; menderita,
Menagih kepercayaan tulus darimu.
Namun, hatimu ditimbusi salju.
Kita terpaksa jarak bicara,
Kerna waktu memisahkan kita.
Namun ini bukan mengenai masa,
Sebanyak mana yang kita punya.
Tapi ini soalnya,
Bagaimana kita manfaatkannya?
Lemparlah sebanyak mana tuduhan,
Aku terima dengan rela.
Sehingga masanya tiba.,
Aku datang memohon kemaafan.
Walaupun bukan,
Aku puncanya.
Ellshazraa, 
16 Mac 2016, 1050am

P34) Jiwa;usahmu meronta ( Puisi Duet )

Ku merenung ke rembulan.
Yang dihiasi dengan kerlipan bintang.
Doa-- mengharapkan bantuan Tuhan.
Untuk gagah berdiri meneruskan kehidupan.
Cangkir silam menghantuiku,
Rakus menodai tirai baruku.
Adakah aku dikarami rindu,
Di tengah lautan yang membiru?
Ku cuba melangkah,bangkit,
Walau hakikatnya begitu perit.
Tujuanku hanya satu,
Untuk membentuk awan baru.
Aku; terlalu keji buatmu.
Yang selalu dianggap marhean suci.
Ku sedar derita diri dalam buntu,
Yang terpuruk kaku di dalam hati.
Apakah perasaan dipandang tinggi?
Sedangkan hakikat tak seindah mimpi.
Hamba nan lemah sarat jangkaan.
Namun realiti tak seindah pandangan.
Kini mentari kian terbit,
Membawa sinaran menerangi harapan.
Biar rinduku berlegar di atas orbit,
Bersabar dalam kedukaan ujian.
Ellshazraa ft Fakhrul Adam

P33) Cemburu

Cemburu--
Satu patah menerangkan semua.
Yang terbuku di hati,
Tertanam di lubuk atma.
Mengapa sukar untuk fahami?
Bahawa jiwa ini sakit; perih.
Menagih pujukan darimu,
Mendingin hati yang berdebu.
Dirimu; dikuasai ego dan ambalela.
Kian merasuk cinta ini.
Hingga harganya lebih tinggi,
Dari cinta yang didamba.
Aku bukan mengurung dalam kanjus.
Cuma takut akan kehilangan.
Tak mampu lagi mengurus,
Perasaan pabila ditinggalkan.
Ini tandanya sayang,
Semakin membara dihati.
Hingga fatamorgana cinta,
Mulai terbayang.
Mengapa masih gah berdiri?
Sedang disini meraih simpati?
Dinginkan lah atma ini,
Sehingga ia benar pasti,
Tiada sianya disini menanti.
Ellshazraa, 
15 Mac 2016, 2346pm

P32) Tirai Baru

Setiap hari,
Langkah demi langkah diharungi.
Demi menyara rasa,
Sunyi dan sepi tanpamu.
Namun ku masih;
Setia disini, untuk mencintai mu.
Jarak menjauhkan kita.
Hingga terpaksa jarang bicara.
Hati-- menuntun lemah,
Setiap kepingan derai cinta,
Setiap bungaan mekar atma,
Semakin menyemarak di jiwa.
Namun, jasad tidak bersama .
Ukiran namamu-- dihatiku.
Tak pernah pergi; luntur.
Hatimu dan hatiku;
Berkomunikasi dari jauh.
Cinta kau hulur menyelamatkanku.
Yang kian di penghujung nyawa.
Mengembalikan degup jantungku,
Mengalirkan semula nadi dan darah.
Dan aku menyahut seruan cintamu.
Aku semaikan di jiwa ku.
Jadikan setiap cebisan yang terbiar,
Di hatiku-- dicantum menjadi satu.
Luka-luka lama dihati;
Tersimpan jadi parut abadi .
Engkau datang kembalikan harapan,
Dan memberi semula kepercayaan.
Yang hilang-- Disambar keegoan.
Ellshazraa, 
15 Mac 2016, 2233pm

P31) Desiran Bayu

Berdesir daunan buluh,
Ditiup angin petang.
Dingin mulai membaluti tubuh,
Membuatku kaku di ranjang.
Kau mempertali dua hati,
Menjadi ikatan kekal di sanubari.
Kau dan aku; terselit anomali.
Yang tidak pernah aku temui.
Kau-- persis mutiara.
Dilindungi cangkerang elok diluarnya.
Di dalam tersimpan segala rahsia,
Berharga; dek kesempurnaannya.
Aku-- picisan yang lemah.
Sarat fatalistik,fatamorgana.
Mendambakan sinaran aura,
Kelopak bunga mekar cahaya.
Layakkah aku menagih kasihmu?
Sedang ku lesu dikuasai ambalela.
Terumbang-ambing dipukul ombak,
Karamku, lemas dilautan cinta.
Ellshazraa, 
14 Mac 2016, 2018pm

P30) Rahsia Balik Aksara

Aku-- disenandung rindu.
Di atmaku bersemi namamu.
Auramu menerangi hidupku.
Memberi tirai ranjang yang baru.
Fatamorgana melanda,
Aku; sesat dilautan cinta.
Rindu asyik bermaharajalela,
Optimis; menepis segala ambalela.
Usir segala ego dan wasangka.
Dalam diam,aku memendam rasa.
Ellshazraa, 
14 Mac 2016, 1949pm

P29) Jasa Yang Agung

Berjalan; aku tersadung.
Tersungkur, atma bergelora.
Enam bulan sudah berlalu,
Aku dirundum--
Hablur rindu;
Yang kian marak membara.
Bunga harum ditabur,
Sepanjang ranjangmu.
Secebis cinta suci murni,
Dibawa iringi pemergianmu.
Auramu membawa anomali.
Nur kasihmu menyinari hati ini.
Setiap langkah bersama pedoman.
Mempersembah nilai,
Indahnya perlakuan.
Namamu tersemai dihati.
Jahitan teliti penuh rapi.
Tersorok di celah daunan suci,
Cantik mekar harum disini.
Ellshazraa, 
19 Mac 2016, 1903pm

P28) Penantian

ku terkesima;
Resah.
Gelisah.
Ku takut perpisahan sementara,
Kekal buat selamanya.
Ketakutan mulai melanda,
Pabila kau pergi seketika.
Kehadiranmu dinanti-nanti,
Namun dirimu tak pulang kembali.
Aku cemas dengan perkenalan,
Kerna tak mampu hadapi perpisahan.
Hati perit dibakar api kerinduan,
Terkontang-kanting abu berterbangan.
Malam diterangi purnama,
Tujuh hari aku menelan rasa.
Mimpi ngeri yang paling derita--
Andai dirimu mulai berubah.
Aku masih setia disini,
Menanti engkau kembali.
Aku rindu detik bersamamu,
Yang manis,perit semua dihatiku.
Ellshazraa, 
6 Mac 2016, 2015pm

P27) Hirisan Keegoan

Kadangkala--
Diri dikuasai ego dan ambalela.
Bertindak diluar kawalan,
Berfikir diluar kewarasan.
Aksaramu mengguris ragaku,
Namun kutepis cela prasangka.
Ku ingin mendinginkan hatiku.
Dari terus sakit dan terluka.
Namun ku juga punya perasaan,
Yang menyimpan beribu luka.
Walau bisa disembuh semula,
Namun parut kekal selamanya.
Aku cuba bertahan;bersabar.
Kerna sayang mematikan egoku.
Namun kesabaran;hambar.
Kerna dicabar dengan tingkahmu.
Sampai bila harus mengalah?
Sedangkan diri tidak bersalah.
Kutahu Dia takkan bertanya,
Pertelingkahan dimula siapa.
Sebaliknya siapa rendah egonya.
Datang melutut, meredakan semuanya.
Ellshazraa, 
6 Mac 2016, 2000pm

P26) Harap Yang Kembali

Pabila hidup dilanda sepi,
Gagahkan hati, cekal menempuhi.
Walaupun pedih ditusuk duri,
Aku-- tabah menghadapi.
Sesekali aku berputus asa,
Hakikat gagal tidak diterima.
Namun akal menginjak dewasa.
Ku sedar kesilapan adalah punca,
Aku terus cuba dan mencuba.
Apakah perasaan dipandang tinggi?
Sedangkan hakikat tak seindah mimpi.
Hamba nan lemah sarat jangkaan,
Namun realiti tak seindah pandangan.
Apabila harapan menggunung tinggi,
Mengapa perlu disia-siakan?
Peluang yang luas telah diberi,
Sebaiknya usaha--memuaskan impian.
Andai tersadung di pengakhiran,
Jasad berhak mendapat ketenangan,
Keringat telah dikeluarkan,
Biar hasil setimpal kesabaran.
Dewarsa ini,
Kejahilan kehilangan relevan.
Terserah pada diri,
Keinginan atau alasan.
Ellshazraa, 
6 Mac 2016, 1941pm

P25) Asa Yang Tak Putus

Aku hanya manusia kerdil,
Hamba yang lemah.
Namun tak layakkah aku menerima adil?
Atau layak diperlaku seenaknya?
Kelak masanya akan tiba,
Jasadku ditimbusi tanah.
Namun aku ingat semuanya,
Layanan-layanan keji dan hina.
Hidupku penuh sengsara,
Namunku terima seadanya.
Aku sedar diriku siapa,
Hanya homosepian, tidak bernama.
Kucuba melangkah,bangkit.
Walau hakikatnya;perit.
Tujuan ku hanya satu,
Memberi warna pelangiku.
Setiap kelahiran ada hikmahnya,
Tak mungkin aku tiada makna.
Inilah lumrah manusia,
Mana kan senang tanpa payah.
Ellshazraa, 
5 Mac 2016, 2412am

P24) Cebisan Memori Yang Hilang

Denting jam dua pagi--
Ditenggelami mimpi.
Aku hilang arah tuju,
Sesat mencari sesuatu.
Setiap relung aku jejaki,
Mencari-cari cebisan memori.
Kemana sebenarnya ia pergi?
Mengapa tidak aku temui.
Aku keliru;buntu.
Cangkir silam menghantuiku,
Rakus menodai tirai baruku.
Adakah aku dikarami rindu,
Di tengah lautan yang membiru?
Aku merangkak, berlari.
Mendaki langit, menyelak lalang,
Terus mendongak, mencari.
Kemana pergi cebisan yang hilang.
Dunia luar aku jelajahi,
Sehingga tersadai aku-- letih.
Aku merebahkan diri; sunyi.
Kutemu cebisan misteri.
Ku cari di lorong-lorong sepi.
Tersembunyi jauh di sudut nurani,
Tersimpan rapi, sentiasa suci.
Ellshazraa, 
4 Mac 2016, 2252pm

P23) Jelmaan Memori

Cangkir itu aku rindu.
Saat mataku bertembung matamu.
Hemoglobinku membiru.
Aku terdiam kaku; membisu.
Bahagia meresap dalam jiwa,
Membukakan pintu hati.
Indahnya dunia tak terkata,
Saat engkau-- mula mendekati.
Kini terpaksa jarak bicara,
Bayang matamu mengekoriku.
Pijakan kini tak terasa,
Bila tiada kau disisiku.
Tiap kerdipan mataku,
Melahirkan rasa yang baru.
Setiap kali aku menutup mataku,
Wajahmu; terbayang di jemalaku.
Tiada lain ku damba,
Hanya segenggam setia,
Berbekalkan secebis cinta,
Ku harap kau-- semai bahagia.
Ellshazraa, 
4 Mac 2016, 2243pm

P22) Semangat Yang Hilang

Ya Allah,
Aku rindu.
Susuk tubuh mereka.
Gelak tawa,
Memori nan indah.
Hatiku meraung,
Merindui keluargaku.
Jiwa dihumban ke gaung,
Penuh pilu;syahdu.
Andai boleh dipilih,
Aku mahu ranjang dahulu,
Tidak akan aku merintih,
Akanku sebar debunga itu.
Dahulu aku sering tertawa,
Dengan telatah riang-ria,
Namun tidurku terjaga,
Semua lenyap selamanya.
Hati terasa kehilangan,
Tiada sokongan.
Tiada nasihat dibekalkan,
Aku hilang arah dan tujuan.
Malamku gelap gelita,
Suram;kelam tiada cahaya.
Cangkir baharuku derita,
Gelap hati,hilang segala aura.
Ellshazraa, 
3 Mac 2016, 2243pm

P21) Malam Yang Kelam

Hari ini aku tahu,
Ertinya rindu.
Emosinya perit.
Rasanya pahit.
Sesal menghantuiku,
Terkesima-- buntu.
Cangkir dahulu,
Sempurna bagiku.
Tirai baruku suram.
Malam menjadi kelam.
Dilaut tenggelam.
Terdiam;suram.
Langit tiada bintang,
Bulan tiada cahaya,
Rindu mendatang,
Sesat mencari aura.
Langkah diikuti bayang.
Kenangan menikam.
Memori terkenang.
Ahh, rencam.
Ellshazraa, 
22 Mac 2016, 1926pm

P20) Genggam Lama Terurai

Cangkir itu aku sorokkan,
Dicelah-celah malam.
Aku hanya picisan,
Dinoda ranjang silam.
Biar lakaran terbengkalai,
Rahsia ini kekal tersimpan.
Walau dilanda badai,
Tetap menahan hentakan.
Biar urat dibelah,
Nadi bersimpul mati.
Biar mengalir darah.
Rahsia kekal dihati.
Maaf, berlalu biar pergi.
Tidak mampu aku ingati.
Parut torehan masih dihati.
Takkan hilang; disemadi.
Andai menilai silam,
Hati memaksa pergi.
Biar malam terus kelam,
Diulit mimpi.
Ellshazraa, 
12 Mac 2016, 2154pm

P19) Rindu Yang Perit

Gugur dedaunan,
Masih dalam angan.
Jasad bawah pohonan,
Menyoal tinggi awan.
Keseorangan;kesunyian.
Kepanasan,tiada teman.
Daunan pergi dibawa angin,
Tiada akar,mulai kering.
Struktur ini mulai dingin.
Bermimpi di siang hening.
Kicauan beburung merdu,
Membuat hati rindu,
Diambang salju;syahdu.
Teringat not-not suaramu.
Mawar berkembang wangi.
Harum--tenang hati.
Mekarkan cinta kasih ini,
Sakit,andai masih berduri.
Lalu senja mendatang.
Aura nan merah;suram.
Rindu terjuntai; kelam.
Ellshazraa, 
12 Mac 2016, 2118pm

P18) Aksara Sebenar

Aksaraku bukan putus cinta,
Tapi patah hati;henti harap.
Aksaraku tak berbunga,
Tapi bangkit,atur derap.
Aksaraku sulaman ikhlas,
Bukan tuk dibalas.
Tiada niat meminta belas.
Aksaraku adalah peluru,
Senjataku,tirai baru.
Aksaraku melepas semua,
Terbuku dihati;terseksa.
Setiap kali dihantui,
Jari terasa pedih.
Layak mencurah hati,
Yang sakit;yang perih.
Aksara mewakil rasa,
Hendak disimpan,basi.
Hendak dimakan,loya.
Biar diusir,pergi.
Ellshazraa, 
12 Mac 2016, 1645pm

P17) Perit Menghantui

Kipas berpusing,
Laju dan bingit.
Mata menatap syiling,
Atma menjerit.
Konsentrasi terganggu,
Ahh sakit;perih,pedih.
Langkah tak tentu.
Perit; sedih.
Fokus tergendala,
Aku merayu,
Fobia melanda,
Halusinasi menggangu.
Bayang hitam,
Merasuk kalbu.
Siang yang kelam;terharu.
Denting dua tengahari,
Kipas berpusing,terhenti.
Kuakan daun, diperhati.
Lamunan;pergi.
Ellshazraa, 
12 Mac 2016, 1513pm

P16) Kesal Yang Kelam

Malam buta, indah--
Masih segah.
Resah!
Gelisah!
Dihantui cangkir ranjang,
Ternoda suram!
Menung panjang.
Duri tajam,tusukan dalam.
Dengus bosan,
Tak daya; kesal.
Genggam dilepaskan.
Dibara sesal.
Ahh sudahlah.
Jauh!
Pergi!
Jangan bayangi lagi.
Sakit; perit, serik--
Tak ulang lagi.
Lalu pelita dipadam,
Tanpa cahaya; dipendam.
Ellshazraa, 
12 Mac 2016, 1452am

P15) Teratak Usang

Teratak usang ini milik adat,
Resam, budaya masyarakat.
Yang dahulu tinggi darjat,
Kini ditindas pelupa darat.
Persatu anasir luar jadi ikutan,
Yang pasti tiada faedahnya,
Kemana hilangnya kewarasan,
Kelakuan memalukan bangsa.
Biarlah tingkah seiring pakaian,
Dijaga bersih tampil sopan,
Jangan biar orang menilai,
Tak padan laku dengan penampilan.
Bila mengikut budaya mereka,
Maka termasuk golongannya.
Celikkan mata buka hati,
Adakah kejahilan menguasai diri?
Tanya pada fikiran,
Adakah kita kesesatan,
Dari hidayah-Nya?
Atau apa hati kelemasan,
Hingga sukar temui auraNya.
Ellshazraa

P14) Suara Hati

Bukan tempoh jadi soalnya,
Bukan masa perhitungannya.
Bukan usia pokok asalnya,
Bukan ego akar dasarnya.
Sendiri,air mataku mengalir.
Dibiar turun,tak diseka.
Bukan kesedihan jadi punca,
Tapi hati diketuk bahagia.
Minda dirasuk, terpaku.
Dihantui bungaan rindu,
Kelam jatuh mengusik kalbu.
Halusinasi menganggu.
Kepuasan asal dari luahan.
Segala rasa dicurahkan.
Dari menara langit berteriakan,
Suara hati bergegaran.
Zezarah bergetar setempat.
Berbisik sesama sendiri.
Tak sempat dibebaskan,
Ia rawak menyampai isi.
Begitu kuat panahan rindu.
Berulam cinta setinggi gunung.
Ingin diperkata tahap itu,
Mungkin daunan berubah biru.
Ellshazraa, 2016

P13) Luahan Hati Pemuisi

Aku hanya pemuisi,
Mencoret dari hati.
Bukan minta di perhati,
Cuma dinginkan hati.
Aku hanya pemuisi.
Menulis mewakilkan aksara,
Yang terungkap dihati,
Namun bibir kelu berbicara.
Aku hanya pemuisi,
Sembunyi kisah dalam rangkap.
Tersusun padat luahan hati,
Mengatur gerak derap.
Aku hanya pemuisi,
Derita perih aku layangkan.
Tak meminta mereka fahami,
Sekadar merekod kenangan.
Bukan niatku meraih simpati,
Bukan jua memegah diri.
Pintaku tolong jangan halangi,
Biarku terus bermadah puisi.
Luahan hati pemuisi.

Ellshazraa, 2016

P12) Arus Keegoan

Sampai bila berangan di atas awan,
Sedangkan impian bagai tak terasa,
Sampai bila bermimpi meredah lautan,
Sedangkan air melebihi paras upaya.
Kata tinggi puncak angkasa,
Ibarat bersimpuh di rakaat langit,
Memandang hina golongan dibawah,
Setiap aksara baksut dan perit.
Sukma ambalela membara,
Melukakan kalbu insan tak berdosa.
Benci dan dengki berswastika,
Menguasai diri; merosakkan jiwa.
Sampai kapan barah ini kan menular,
Menerus merebak menguasai hati,
Apabila iman semakin pudar,
Melempar segala sikap rendah diri.
Ellshazraa, 2016

P11) Laluan Hitam

Perjalanan hidupku,
Diharung dengan onak liku.
Ceritera kisahku,
Sering ditusuk perih sembilu.
Aku biarkan diri ini hanyut,
Tak ku pinta namun arus membawa,
Tak semena tersinggah di laluan derita.
Tiada daya untuk berpaling semula.
Aku diduga, dihina dicerca,
Diperlaku setanding binatang,
Apakah rendah darjatku?
Adakah aku dilahirkan; untuk hidup,
Di bawah tudingan telunjukmu?
Atau apa aku diciptakan,
Tuk jadi hamba pijakan kakimu?
Hati membara masih terasa,
Tusukan lembing berdarah;
Masih terbenam di dalam jiwa.
Ditikam amsal tiada rasa,
Oleh syaitan lagak manusia.
Kau iri dengan kebahagiaanku,
Hasad dengki menepis kerianganku,
Baru ingin melabuh tirai senyuman,
Hamparan kelukaan bertubi diberikan.
Hampa; namun tidak menyerah.
Kerna ku tahu,
Segenap relung terselit hikmah,
Dendam kesumat tidak akan ku laksana,
Ku biar karma berpatah semula,
Mencari si pelaku durjana,
Menghumban semula segala sengsara,
Mencampakkan dia ke gaung sesal,
Penuh kesengsaraan,
Sebagaimana aku rasakan.
Diinspirasikan dari Kisah seseorang.
Ellshazraa, Januari 2016

P10) Aura Inspirasi

Terbelengu dalam tempurung keegoan,
Sesekali diduga aku mempersoalkan.
Ya Tuhan, aku tak mampu lagi,
Tidak kuat untuk bertahan,
Aku lemah; hilang segala daya.
Aku merayu-- merintih,
Usaha mengingati keagunganmu,
Semuanya hanyut diarus masa.
Hari ini dibukakan hati,
Terserlah kehadiran seorang insan,
Menyedarkan aku erti kehidupan.
Inspirasi bersama beriring hidayah,
Membeliakkan mata dan minda.
Kisah menyayat hati pendengarnya,
Meruntun jiwa; menikam ego membara.
Kini aku mulai sedar,
Kisah perit adalah anugerah,
Menjadikannya manusia yang tabah.
Dimata manusia dicaci hina,
DimataMu diangkat darjatnya,
Kehadiran mengetuk kesedaranku,
Tiada lafaz layak diaksara,
Melainkan rasa syukur kehadratMu.
Akan kekal kah aku disisinya?
Atau akan diambil semula?
Ya Tuhan, sesungguhnya aku redha,
Apa milikmu ingin dipulang semula,
Demi melihat kesedaran tercipta,
Ikhlas kerana keagungan cintaMu,
Atau cinta manusia semata mata.
Ellshazraa, Januari 2016

Monday 21 March 2016

P9) Pengakhiran Kelukaan


Ku tak sangka kau kaya dusta,
Segala aksara rekaan semata,
Harusnya ku sedar dari dulu,
Agar dapat mudahnya aku,
Memadam namamu dari hatiku.
Selama ini aku relakan diriku,
Menjadi lantai; dilangkah olehmu,
Selama ini aku cekalkan jiwaku,
Menjadi tembok halangan egomu.
Selama itu aku diam membisu,
Berdiri kaku memerhati tingkahmu,
Segala egomu menjadi musuh ku,
Musuh yang menikam jiwaku.
Berjuang cuba mematikan ego itu,
Namun ianya tinggi menggunung,
Musnah benteng pertahananku,
Dilanggar janji palsu merasuk hatiku.
Segala aksara manis bibirmu,
Menggerak suara hati tidak jujur,
Bersungguh itu hanya dahulu,
Saat belum menyerahkan hatiku.
Namun segalanya berubah,
Setelah di hati engkau jadi raja,
Takhta kau julang sementara,
Setelah itu kau buang seenaknya.
Kau campakkan aku ke gaung pilu,
Yang diapit bungaan rindu yang layu,
Aku seolah bahan permainan;
Seenak dilempar ke lembah kehinaan.
Kemana pergi cinta yang suci?
Kemana hilangnya cinta yang sejati?
Semuanya beredar meninggalkan duri,
Yang tajamnya hingga melukakan hati.
Bukan selamanya aku kan lemah,
Bukan selamanya aku kan sabar,
Semasa sayang utuh buatmu,
Aku kan tetap menjaga hatimu,
Meskipun kamu membuang cintaku.
Namun aku cuba bangkit,
Bangun memperjuangkan maruahku.
Yang sering saja berbaur perit,
Malah tak pernah disedari kamu.
Setelah berulang hati kau usik,
Ku gagahkan hati tuk melupakan,
Segala janji dan kenangan,
Penuh ombak yang menyakitkan.
Maka tinggallah aku sendirian,
Berilah peluang mulakan kehidupan,
Adanya kamu hanya menyusahkan,
Kerna derita, airmata berjuraian.
Mata pedih membasuh luka,
Merintih agar dirimu dilupa.
Aku mohon merayu kepadamu,
Usah diulang lagi dustamu,
Cukup lah setakat ini,
Walau sukar ku rela kau pergi.
Hati terpaksa berbohong kali ini,
Bibir berkata tidak lagi mencintai,
Kau tak mengerti yang tersirat dihati,
Jauh didalamnya masih kekal hakiki .
Tutuplah diari cinta kita,
Aku memutuskan untuk mengakhiri.
Berhenti mencipta; merekod kenangan,
Yang setiap satunya terpahat di hati.
Ellshazraa, Disember 2015

Friday 18 March 2016

P8) Bicara Diri

Gerimis hujan membasahi bumi,
Membanjiri bentangan sawah padi,
Membisik ke telinga salam Ilahi,
Membawa rahmat bererti dan suci.
Tak sanggup awan menanggung beban,
Bebanannya berat teramat sangat,
Tak sanggup aku menahan luka,
Deritanya pedih; sakit tersemat.
Lemah awan menurunkan hujan,
Agar lega segala tanggungan,
Lemah hati menahan kesakitan,
Turun airmata; penyejuk kesyahduan.
Marah kilat sabung-menyabung,
Halilintar berapi menyambar,
Marah jiwa tinggi menggunung,
Aksara menepis prasangka hambar.
Setelah segalanya dilepaskan,
Muncul pelangi indahkan keadaan,
Segala kebengisan diredakan,
Barulah tenang akal fikiran.
Sebagaimana alam yang indah,
Begitulah kaitan dengan ku,
Amsal aku satu darinya,
Pelbagai ragam mewakili perilaku.
Ellshazraa, 2015

P7) Pengemis Belas

Pabila teringat hari yang sudah,
Hatiku disiat pisau duka.
Kesannya tertanam di dalam jiwa,
Sehingga trauma menerima cinta.
Kau beri harapan indah nian,
Mengemis perhatian dariku dulu,
Menabur janji semahal berlian,
Kini yang tinggal perih sembilu.
Apabila harapan ku genggam erat,
Kau meminta aku melepaskan.
Tanpa hati dan perasaan,
Membiarkan aku mengemis belas.
Aku ingin engkau sedari,
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Aku ingin engkau fahami,
Segala perbuatan akan diadili.
Apabila ikhlas dipandang keji,
Apabila rupa disanjung tinggi,
Apabila setia ditolak ketepi,
Apabila ambalela memunculkan diri.
Siapa yang mengangkat cinta setinggi gunung?
Akulah pencinta yang bangun menyusun.
Siapa yang menyebar bau harum cinta anggun?
Aku juga menanti cinta masak dan ranum.
Tahukah perit ditikam hati,
Pabila pengorbanan tidak dihargai?
Jauh sekali dibalas budi pekerti.
Aku dihampar saujana teka-teki,
Dimana salah dan silapku ini,
Sehingga aku dihukum bertubi-tubi,
Sedikitpun jasa tak diingati.
Akan ku usung keranda cinta ini,
Bersama dendam kasih yang suci.
Ku arak bawa ke kuburan cinta,
Ku semadi bersama segala harapan,
Dan sumpah setia,
Sehingga nanti,
Kesumat ini terbalas jua.
Ellshazraa, 2015

P6) Api rindu yang membara

Diriku kini,
Dihantui  kenangan dahulu.
Setiap tingkah lakunya,
Tiada positif dimataku.
Mengapa kini baru ku sedari?
Bahawa dia hakikatnya,
Permata hidupku ini.
Bungaan harum ditaburkan,
Sepanjang galur perjalanan,
Yang tidak seindah jangkaan.
Ya Allah,
Aku rindu akan tegurannya,
Aku rindu senyuman indahnya.
Aku rindu sindiran sinisnya,
Aku rindu usikan dan telatahnya.
Kehadirannya, dahulu aku hina.
Penuh dendam; kebencian menyala.
Namun kini,
Aku dibakar api rindu yang membara ,
Syahdunya meresap jauh kedalam jiwa.
Mutiara jernih sering menitis,
Teringat terakhir wajah ditatapi,
Penuh cahaya dan bersinar.
Raut yang dahulu aku benci,
Saat itu sangat menenangkan.
Pabila terngiang kata akhirmu,
Aku terkaku.
Ya Allah,
Aku rindu.
Sebal terakhir aku melihat jasadmu,
Kau sudah pergi, sedangkan aku?
Tiada disisimu.
Lama aku menunggu,
Berharap menanti kepulanganmu.
Namun,
Kau pergi meninggalkanku.
Kucupan akhir di dahimu,
Permulaan hidupku yang baru.
Aku mula diganggu dilema,
Dahulu aku benci,
Mengapa kini aku cinta?
Dahulu aku dendam,
Mengapa kini yang ada,
Hanya rindu yang mendalam?
Aku buntu Ya Allah,
Api rindu ini,
Bagai diasak untuk membara.
Kini, yang tinggal hanya janji padamu,
Janji ku bisik perlahan ke telingamu,
Masih mekar; harum dalam hidupku.
Ellshazraa, Peristiwa September 2015

P5) Metafora Alam

Mari jejaki hari yang sudah,
Cahaya pagi menembusi jendela.
Semerbak mawar merah,
Dan ros putih merekah.
Daunan pintu luas terbuka,
Jasad menghirup udara yang segar.
Ku lihat awan seputih melati,
Dan mendongak langit yang tinggi.
Kini; segala keindahan dimusnahkan,
Oleh manusia durjana tanpa nama.
Demi mengejar kepentingan diri,
Tanpa memikirkan penghuni dunia.
Generasi akan datang,
Kelak mengenang bunga lalang.
Sambil menatap kesedihan,
Yang tersorok jauh di celah daunan.
Mereka tidak berkesempatan,
Menikmati alam yang keriangan.
Keindahan ini memberi udara,
Di sinilah nafas dibekalkan.
Usahlah hembus racun berbisa,
Membunuh pucuk yang bertunasan.
Mengapa alam ini menjadi mangsa,
Sedangkan semuanya bersandaran?
Namun inilah lumrah manusia,
Cinta akan pembangunan,
Kehijauan alam dimusnahkan.
Ellshazraa, 2015

P4) Pemberian yang indah


Setapak derap ini melangkah,
Wujudnya dari semangat sang keluarga.
Kekuatan di saat rapuh,
Dorongan,
Saat derap langkah hampir terhenti.
Banyak makna tak sanggup dilukis,
Banyak kisah tak bisa ku ucap.
Kerana setiap keluarga,
Ada duka di sebalik bahagia.
Keluarga adalah anugerah kepadaku,
Dan harapan di dalam impianku.
Di setiap nafasku,
Di relung hati;  ku hangatkan namamu,
Akan ku kobarkan semua impianmu,
Hanya untuk,
Menikmati senyum di ufuk senjamu.
Ayahanda dan Bonda,
Umpama Sang Tukang Ukir yang mahir,
Antara pahat kedamaian dan tukul kefahaman.
Tabah dan cekal mengukir,
Jalur-jalur kebahagiaan,
Ke segenap relung kekeluargaan.
Cinta seorang bonda,
Menenangkan jiwaku.
Cinta seorang ayahanda,
Menguatkan semangatku.
Di derai lelah nafasmu,
Dipenuhi kasih sayang,
Luar biasa dan utuh.
Mahupun sedetik waktu bersamamu,
Menjadi umpama emas buatku.
Kan ku lewatkan masa untukmu,
Demi melihat ukiran manis bibirmu.
Ellshazraa - 3RK1, PSK 2015

P3) Pahitnya Cinta

Mengapa kau hadir menyapaku,
Disaat aku cuba melupakanmu,
Ku rindu saat kecil dahulu,
Yang tidak tahu ertinya cinta.
Hanya gembira menikmati masa,
Tanpa menghiraukan tentang rasa.
Kadangkala jatuh dek berkejaran,
Bukan diburu dengan kenangan.
Namun kini semuanya berubah,
Aku terima walau terpaksa,
Kerana,
Sememangnya lumrah manusia,
Merasa perit bersulam bahagia.
Luka kulit dapat dipulih,
Luka hati tiada penawar.
Rela ku luka beribu kali,
Walau di tangan dan kaki,
Namun,
Bukanlah hati ..
Ellshazraa ft Fakhrul Adam, 2015
Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA