Tuesday 5 July 2016

P87) Bilik Darjah

Untuk pertama kali tempat di hadapanku sunyi. Kosong; tanpa hadirmu menemani.
Namun bayangmu menjelma setiap kali aku berpaling ke situ. Adakah jasadmu menjauh tetapi meninggalkan cebisan rindu bersamaku?
Acapkali, kau menerbitkan senyum di bibirku, pada tiap ketika matematik tambahan cuba membunuhku.
Pandangan-- awalnya tertumpu akan pelajaran. Tatkala benak mulai bercelaru, aku kerlingkan ke arahmu. Sekilas sahaja, wajah yang murung kembali tersenyum.
Jujur; hadirmu membawa seribu makna. Menenangkan hati yang gundah, menceriakan atma yang gelisah. Ya, gundah dan gelisah dengan sandiwara dunia.
Ellshazraa, 
Dewan Terbuka SMKSP
April 28 2016, 0741am

No comments:

Post a Comment

Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA