Wednesday 27 April 2016

P73) Kalam Nan Perit

Terasa hati; dihantui kelam,
Atma kecewa ditikam raga,
Menghakis nyali tertusuk dalam,
Merobek jiwa; berdarah hampa.
Saat diri mulai selesa,
Datang dugaan menduga rasa,
Lantas atma disiat duka,
Menghiris segala tenteram dijiwa.
Sungguh sakit ditikam lidah,
Tajam sehingga menusuk jiwa,
Lukanya dalam-- terpahat di atma,
Biarpun perit; ku cuba bersabar.
Demikian kejam aksara manusia,
Cubaan membunuh tanpa puncanya,
Yang wujud hanya benih derita,
Kerana kata; diri binasa.
Kini ku bebas dari dilema,
Tiada guna terus sengsara,
Kerna adil bakal tercipta,
Meski masa berganti masa.
Ellshazraa, 
April 25 2016, 1945pm








No comments:

Post a Comment

Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA