Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Friday 12 July 2019

Jangan Terlalu Cepat Menilai


Di saat kita rasakan kitalah manusia yang paling susah, ingatlah ada manusia yang jauh lebih susah; bahkan lebih berat dugaannya dari kita.Tiada siapa yang terlepas daripada ujian dunia. Dunia ni ibarat dewan peperiksaan. Kita belajar, kita patuh perintah Allah, kita ikut sunnah nabi untuk dapatkan keputusan yang baik sewaktu di akhirat nanti.

Tiada siapa yang belajar di sekolah untuk straight F bukan? Tiada siapa berusaha untuk gagal. Dunia ini adalah saham kita semasa di akhirat. Kita mengumpul pahala untuk syurga, bukan mengumpul dosa ke neraka.

Mindset itu penting. Tanamkan dalam hati siap-siap, ada orang diduga dengan peperangan, dengan kematian ahli keluarga, dengan macam-macam musibah dan bencana. Kita tidak boleh terlalu cepat menilai. Walaupun ujian yang dihadapi seseorang itu mirip dengan kita, ketahuilah apa yang dia alami itu tidak akan pernah sama dengan kita.

Bila kita cerita masalah dengan orang, orang akan cakap,

"Nasib kita sama, aku faham perasaan kau. Aku dulu pun pernah kena macam ni".

Baiklah, pertama sekali mungkin situasinya berbeza. Cara setiap manusia menerima ujian itu juga berbeza. Jika kita menerima dengan berlapang dada mungkin ia mudah bagi kita. Tetapi untuk orang lain, mungkin ia adalah ujian yang sangat berat. Jangan pernah perlekehkannya. Bagi kita ia nampak mudah kerana kita tidak berada di dalam situasi dia. Mungkin dia ada masalah lain yang menganggu.

Kadang-kadang kita lihat secara zahirnya seseorang itu bahagia. Tetapi kita tidak tahu andai batinnya tersiksa. Andai jiwanya merana. Manusia menilai dari kekayaan dan rupa. Orang yang cantik dan hidup mewah mesti bahagia. Tidak, kita silap.

Ada orang kaya, tapi tak bahagia.
Cantik, tapi ada masalah keluarga.

Kita tidak boleh menilai dengan hanya sekilas pandang. Kerana itulah orang yang lebih rapat sahaja akan memahami. Sebenarnya kita sendiri tidak sangka, disebalik kebahagiaan seseorang terselindung ribuan kesakitan dan kekecewaan.

Ujian itu sama rata; hanya bentuk dan cara kita menerimanya yang berbeza.

Semakin besar dugaan yang diterima, semakin besar kasih sayang Allah kepada kita jika kita kuat dan sabar menempuhinya. Maka, bersangka baiklah dengan Allah. Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak dapat ditempuhi oleh hambaNya.

- Ellshazraa, 2018 

Menyebar Aib Di Instagram

Andai kata instagram ni aku umpamakan seperti sebuah album gambar. Aku selak satu persatu, menjengah diari kehidupan manusia lain. Aku terfikir sejenak; kenapa masih ada manusia yang bersusah payah mencipta sebuah album untuk orang lain berbanding membina album kehidupannya sendiri ?

Sedangkan dia tidak tahu sampai bila dia punya waktu untuk menyemadikan seberapa banyak foto dalam albumnya sendiri. Maksudnya di sini, kenapa wujudnya manusia yang sibuk mencanangkan aib orang lain tanpa melihat album perjalanan dirinya di dunia ini ?


Apa sepanjang perjalanan hidup dia dipenuhi dengan pahala semata-mata tanpa terpalit walau secebis dosa ? Sanggup kau bina satu akaun untuk menyebarkan aib si dia semata. Aku kadang-kadang musykil; kenapa kau bazirkan masa untuk mengajak orang lain sama-sama membenci dan memaki ?


Baca dan fahami apa yang aku cuba nak sampaikan ni.


Kita saudara sesama Islam, kau dan aku pun tahu hukum menyebarkan aib orang lain. Akan ada satu suara lantang menjerit "Dia sendiri tak jaga aib dia, kenapa pulak aku yang nak jaga?".


Dia tak jaga itu hal dia dengan Tuhan, andai kata kau turut sama menyebarkan; kau tetap sama dapat dosa menambah aib orang lain.


"Jangan mengawasi orang lain, jangan mengintai geraknya, jangan membuka aibnya, jangan menyelidikinya, sibuklah dengan diri kalian, perbaiki aibmu, kerana kamu akan ditanya oleh Allah tentang dirimu, bukan tentang orang lain".

( Sayyidina Ali Bin Abi Talib r.a )


Maka-- apa kau masih nak menyibukkan diri dengan dosa yang orang lain lakukan ? Kau Islam, kenapa kau memaki dan menghina saudaramu ? Kemudian, kau biarkan saudara yang lain turut sama mengumpul dosa dengan lakukan hal yang sama sepertimu.



Image from pinimg.com

Ellshazraa, 2019

Sunday 15 October 2017

Orang Buat Jahat, Kena Balas Balik ?


Pernah tak korang dengar ayat, "Buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat ?".

Maksudnya disini bila ada orang berbuat jahat dengan kita, bukan kita orangnya yang akan buat jahat semula pada mereka. Ya, bukan. Kerana walaubagaimana jahat sekali pun perbuatan orang lain terhadap kita-- kita jangan balas ! Biarlah suatu hari nanti dia akan terima balasan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

Kita? Tak perlu menyimpan dendam untuk balas perbuatan jahat mereka terhadap kita.
 "Be like the flower that gives its fragrance to even the hand that crushes it".

Saya teringat kisah Rasulullah SAW yang membantu seorang buta walaupun si buta itu mencaci maki Rasulullah kerana mendengar fitnah tentang Baginda. Ya kawan, Rasulullah menyuap si buta itu dengan makanan sedangkan si buta itu sedang memaki hamun Baginda kerana dia tidak nampak dan tidak tahu, tangan siapa yang menyuap mulutnya selama ini.

Lihatlah peribadi Baginda SAW. Walau orang menghina dan tak suka kita, walau orang benci dan jahat dengan kita, kita tak perlu balas. Tapi-- jika orang berbuat baik dengan kita. Ya, kita wajib berbuat baik dengan mereka.

Sayang-- ingat, jadilah seperti bunga. Walaupun orang yang memetik itu menhancurkannya; tetapi dia tetap meninggalkan bau wangi pada tangan si pemetik itu 🌸

Ellshazraa, 2017


Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA