Friday 25 March 2016

P45) Rindu Pada Sahabat

Aku tak pernah menyangka,
Purnama indah akan suram,
Bersama harapan kian pudar,
Semakin gelita dikala malam.
Kala hati disentuh bahagia,
Saat diri mulai gembira,
Atma ditikam rasa kecewa,
Penuh hampa memanah jiwa.
Aku menunggu masanya tiba,
Waktu meluah rindu membara,
Api marak tak tertahan lagi,
Semakin panas membakar diri.
Namun semua tinggal harapan,
Hancur berdebu menjadi kepingan,
Punah bersama segala keriangan,
Tinggal aku memujuk perasaan.
Sungguh aku memahami,
Rasa ditusuk mawar berduri,
Kenyataan sakit tak terperi,
Hingga layu seorang diri.
Biar rindu terus merasuk,
Menguji ikatan persahabatan,
Biar segala rasa diperuk,
Walaupun perit; aku relakan.
Ellshazraa - Fatihah 
25 Mac 2016, 2238pm

Wednesday 23 March 2016

P44) Warkah Dari Hati

Adakah aku, terlalu ambalela?
Sering membuat kau terluka,
Sedang kau tak bersalah,
Aku acapkali dihantui rasa.
Bukan aku tak hargai,
Segala cangkir tersimpul mati,
Semua genggam dihati,
Tak mungkin semuanya mati.
Aku lemah disamun minda,
Dengan khayalan merasuk atma,
Aku tak mahu diri kecewa,
Merintih saat kalbu derita.
Adakah aku pentingkan diri,
Hingga lupa jasa dan janji?
Aku dikurung kanjus cinta,
Ku mahu kau turut bahagia.
Biar kali ini aku dibenci,
Segala rawan ku pendam di hati.
Aku mahu kau ceria,
Bersama ganti; pengubat duka.
Usah ditanya apa salahmu,
Semuanya berpunca dariku,
Ku sedar tak daya menjagamu,
Bahkan tak mampu mendingin hatimu.
Ellshazraa, 
23 Mac 2016, 2319pm
Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA