Saturday 9 January 2016

P1)Api Rindu Yang Membara

Diriku kini,
Dihantui kenangan bersamanya dulu.
Setiap tingkah lakunya,
Tiada yang positif dimataku.

Mengapa kini baru ku sedari?
Bahawa dia sebenarnya,
Adalah permata berharga,
Dalam hidupku ini.
Dia menabur bunga harum,
Di atas makamku dahulu,
Yang tidak seindah kini.

Ya Allah,
Aku rindu akan tegurannya,
Aku rindu senyuman indahnya.
Aku rindu sindiran sinisnya,
Aku rindu usikan dan telatahnya.

Kehadirannya, dahulu aku hina.
Penuh dendam; kebencian menyala.
Namun kini,
Aku dibakar api rindu yang membara,
Syahdunya meresap jauh kedalam jiwa.

Mutiara jernih sering menitis,
Teringat saat akhir wajahmu ku lihat,
Bercahaya dan bersinar.
Wajahnya yang dahulu aku benci,
Saat itu sangat menenangkan.
Pabila terngiang kata-kata akhirmu,
Aku terkaku.
Ya Allah,
Aku rindu.

Aku sebal saat terakhir melihat jasadmu,
Kau sudah pergi sedangkan aku?
Tiada di sisimu.
Lama aku menunggu,
Berharap; menanti kepulanganmu.
Namun,
Kau pergi meninggalkanku.

Kucupan akhir di dahimu,
Permulaan hidupku yang baru.
Aku mula diganggu dilema.
Dahulu aku benci,
Mengapa kini aku cinta?
Dahulu aku dendam setinggi langit,
Mengapa kini yang ada hanya rindu?
Aku buntu Ya Allah,
Api rindu ini diasak-asak untuk membara.

Yang tinggal hanyalah janjiku padamu,
Janji ku bisikkan perlahan ke telingamu.
Janji yang mekar; harum dalam hidupku,
Menjadikan doa sebagai penghubung rindu,
Aku kepada kamu.

Sumber Inspirasi ; 14Sept2015

Ellshazraa, 2016

No comments:

Post a Comment

Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA