Monday 11 January 2016

P2)Pabila Kejauhan

Padamu ku tunduk merayu,
Untuk  hadir menyinari hidup ini,
Hatiku merintih dan mengadu,
Mendambakan pelukanmu;
Yang penuh erti.
 
Diriku dilambung ombak rindu,
Yang kelak akan lemas dihanyut waktu.
Semakin hari,semakin jauh,
Dihanyut arus kasih sayangmu.

Ku tak berdaya berjauhan denganmu,
Melihat wajahmu, dihantui syahdu.
Mengapa harus berenggang denganmu?
Sedang hanyamu harta milikku.

Hati ini meraung lagi,
Terus bermadah dan berpuisi.
Mengapa masih aku disini.
Tanpa kehadiran bidadari di sisi?
Semangat sering aku kuatkan,
Meminta ketabahan meneruskan perjuangan,
Sabarlah rindu merealisasikan harapan,
Insan mengharum di puncak kayangan.

Andai itu ujian yang disuratkan,
Akan ditunggu hadirnya sang pujaan,
Takkan lerai ikatan disimpulkan,
Ku pegang janji diiisi kecintaan.

Apa yang mampu aku lakukan?
Hanya meniti hidup yang ditetapkan,
Inilah jalan yang Tuhanku tentukan,
Agar ku menjadi sebaik-baik insan.

Disini aku menadah tangan,
Hanya doa yang harus ku titipkan,
Agar kau bahagia,
Meskipun kita berjauhan.

Kelak kita akan ditemukan,
Tidak sabarku kembali ke pangkuan,
Kembali ke pangkuan insan,
Yang aku dambakan

Credit For : Nur Fatihah Binti Eshmudin

Ellshazraa, 2016

Saturday 9 January 2016

P1)Api Rindu Yang Membara

Diriku kini,
Dihantui kenangan bersamanya dulu.
Setiap tingkah lakunya,
Tiada yang positif dimataku.

Mengapa kini baru ku sedari?
Bahawa dia sebenarnya,
Adalah permata berharga,
Dalam hidupku ini.
Dia menabur bunga harum,
Di atas makamku dahulu,
Yang tidak seindah kini.

Ya Allah,
Aku rindu akan tegurannya,
Aku rindu senyuman indahnya.
Aku rindu sindiran sinisnya,
Aku rindu usikan dan telatahnya.

Kehadirannya, dahulu aku hina.
Penuh dendam; kebencian menyala.
Namun kini,
Aku dibakar api rindu yang membara,
Syahdunya meresap jauh kedalam jiwa.

Mutiara jernih sering menitis,
Teringat saat akhir wajahmu ku lihat,
Bercahaya dan bersinar.
Wajahnya yang dahulu aku benci,
Saat itu sangat menenangkan.
Pabila terngiang kata-kata akhirmu,
Aku terkaku.
Ya Allah,
Aku rindu.

Aku sebal saat terakhir melihat jasadmu,
Kau sudah pergi sedangkan aku?
Tiada di sisimu.
Lama aku menunggu,
Berharap; menanti kepulanganmu.
Namun,
Kau pergi meninggalkanku.

Kucupan akhir di dahimu,
Permulaan hidupku yang baru.
Aku mula diganggu dilema.
Dahulu aku benci,
Mengapa kini aku cinta?
Dahulu aku dendam setinggi langit,
Mengapa kini yang ada hanya rindu?
Aku buntu Ya Allah,
Api rindu ini diasak-asak untuk membara.

Yang tinggal hanyalah janjiku padamu,
Janji ku bisikkan perlahan ke telingamu.
Janji yang mekar; harum dalam hidupku,
Menjadikan doa sebagai penghubung rindu,
Aku kepada kamu.

Sumber Inspirasi ; 14Sept2015

Ellshazraa, 2016
Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA