Wednesday 23 March 2016

P10) Aura Inspirasi

Terbelengu dalam tempurung keegoan,
Sesekali diduga aku mempersoalkan.
Ya Tuhan, aku tak mampu lagi,
Tidak kuat untuk bertahan,
Aku lemah; hilang segala daya.
Aku merayu-- merintih,
Usaha mengingati keagunganmu,
Semuanya hanyut diarus masa.
Hari ini dibukakan hati,
Terserlah kehadiran seorang insan,
Menyedarkan aku erti kehidupan.
Inspirasi bersama beriring hidayah,
Membeliakkan mata dan minda.
Kisah menyayat hati pendengarnya,
Meruntun jiwa; menikam ego membara.
Kini aku mulai sedar,
Kisah perit adalah anugerah,
Menjadikannya manusia yang tabah.
Dimata manusia dicaci hina,
DimataMu diangkat darjatnya,
Kehadiran mengetuk kesedaranku,
Tiada lafaz layak diaksara,
Melainkan rasa syukur kehadratMu.
Akan kekal kah aku disisinya?
Atau akan diambil semula?
Ya Tuhan, sesungguhnya aku redha,
Apa milikmu ingin dipulang semula,
Demi melihat kesedaran tercipta,
Ikhlas kerana keagungan cintaMu,
Atau cinta manusia semata mata.
Ellshazraa, Januari 2016

Monday 21 March 2016

P9) Pengakhiran Kelukaan


Ku tak sangka kau kaya dusta,
Segala aksara rekaan semata,
Harusnya ku sedar dari dulu,
Agar dapat mudahnya aku,
Memadam namamu dari hatiku.
Selama ini aku relakan diriku,
Menjadi lantai; dilangkah olehmu,
Selama ini aku cekalkan jiwaku,
Menjadi tembok halangan egomu.
Selama itu aku diam membisu,
Berdiri kaku memerhati tingkahmu,
Segala egomu menjadi musuh ku,
Musuh yang menikam jiwaku.
Berjuang cuba mematikan ego itu,
Namun ianya tinggi menggunung,
Musnah benteng pertahananku,
Dilanggar janji palsu merasuk hatiku.
Segala aksara manis bibirmu,
Menggerak suara hati tidak jujur,
Bersungguh itu hanya dahulu,
Saat belum menyerahkan hatiku.
Namun segalanya berubah,
Setelah di hati engkau jadi raja,
Takhta kau julang sementara,
Setelah itu kau buang seenaknya.
Kau campakkan aku ke gaung pilu,
Yang diapit bungaan rindu yang layu,
Aku seolah bahan permainan;
Seenak dilempar ke lembah kehinaan.
Kemana pergi cinta yang suci?
Kemana hilangnya cinta yang sejati?
Semuanya beredar meninggalkan duri,
Yang tajamnya hingga melukakan hati.
Bukan selamanya aku kan lemah,
Bukan selamanya aku kan sabar,
Semasa sayang utuh buatmu,
Aku kan tetap menjaga hatimu,
Meskipun kamu membuang cintaku.
Namun aku cuba bangkit,
Bangun memperjuangkan maruahku.
Yang sering saja berbaur perit,
Malah tak pernah disedari kamu.
Setelah berulang hati kau usik,
Ku gagahkan hati tuk melupakan,
Segala janji dan kenangan,
Penuh ombak yang menyakitkan.
Maka tinggallah aku sendirian,
Berilah peluang mulakan kehidupan,
Adanya kamu hanya menyusahkan,
Kerna derita, airmata berjuraian.
Mata pedih membasuh luka,
Merintih agar dirimu dilupa.
Aku mohon merayu kepadamu,
Usah diulang lagi dustamu,
Cukup lah setakat ini,
Walau sukar ku rela kau pergi.
Hati terpaksa berbohong kali ini,
Bibir berkata tidak lagi mencintai,
Kau tak mengerti yang tersirat dihati,
Jauh didalamnya masih kekal hakiki .
Tutuplah diari cinta kita,
Aku memutuskan untuk mengakhiri.
Berhenti mencipta; merekod kenangan,
Yang setiap satunya terpahat di hati.
Ellshazraa, Disember 2015
Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA