Wednesday 27 April 2016

P68) Kabus Kenangan

Selama ini; cinta berputar mengelilingi orbit di angkasa, tinggi dan indah pandangannya. Setiap pagi mentari terbit membekalkan cahaya, berseri dan menyuburkan benih cinta.
Dialirkan cinta seluas lautan, tidak terlepas setiap genggaman. Pabila terlerai segala simpulan, meski diatur langkah ke bulan tetap ku terpaku dalam lamunan.
Bermatian cuba menghentikan khayalan, namun masih dikejari kenangan. Lantas setiap gerak diikuti bayangan, yang kian mengehad dan mengaburkan pandangan. Jasad kesunyian di lohong kegelapan, tiada lain menjelma di ingatan. 
Ellshazraa, 
20 April 2016, 1938pm

P67) Maya Dunia

Kadangkala, ku tersesat dalam fatamorgana dunia. Penuh nista dengan pelbagai norma homosepian bernyawa namun kaku dalam hayatnya.
Ada ketika, aku kelemasan dalam samudera berombak merdu lembut pukulannya. Tiba-tiba menghentam tak terduga meninggalkan aku karam di lautan hampa.
Marhaen lemah, sekadar picisan berhati sutera. Pabila terluka, dirawat semula tanpa kata meski disiat pisau duka.
Biarlah roh merana pabila jasad berpura bahagia, sedangkan hati meronta-ronta bergelora menahan sengsara.
Tak selamanya atma dikurung di kanjus derita. Ada masa jiwa tak diurus kehilangan rasa, sehingga mematikan segala kata nista melawan aksara.
Rela aku disenangi tanpa sebarang tingkah.  Berbanding melafazkan kata-kata yg dusta.Manis di bibir sedangkan lubuk hati bergelojak rasa .

Ellshazraa, 
20 April 2016, 1925pm
Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA