Wednesday 30 March 2016

P47) Genggam Yang Terlepas

Tak pernah ku duga,
Musnah segala yang dibina,
Selisih faham tercipta,
Sehingga atma derita.
Perubahan tak diminta,
Berlaku diluar minda,
Tak terfikir dek jemala,
Semua hilang sekelip mata.
Simpati menghurung jiwa,
Tak sanggup kau terluka,
Syahdu mendengar esakan,
Hentakan memanah perasaan.
Bukan kau layak dipersalahkan,
Cuma aku yang kesesatan,
Sunyi mencari perhatian,
Saat dirimu disaluti keegoan.
Jauh di sudut hatiku,
Hakikat lemas dalam rindu,
Kian menjadikan aku keliru,
Buntu mencari auramu.
Aku dihantui dilema,
Keputusan bagiku sukar,
Bagai tak mampu beraksara,
Kerna, hablur sepi membara.
Berat hati meninggalkanmu,
Lebih sukar tuk mengecewakanmu,
Hingga aku diselubung lagu,
Not-not indah gelak tawamu.
Ellshazraa, 
Perpustakaan SMKSP
27 Mac 2016, 0830am

Friday 25 March 2016

P46) Taman Atma

Semakin lama,
Benih cinta; galak bersemaian,
Bungaannya harum bertaburan,
Diatas pusara yang kelayuan.
Semakin lama,
Rasa kasih; galak bercambah,
Pucuknya subur berkeliaran,
Di taman indah wujud di jiwa.
Semakin hari,
Mawar merah; galak mekar,
Kelopaknya berputik dihati,
Kuntuman ceria; sangat jelita.
Semakin hari,
Hidup dihiasi rama-rama,
Pelbagai warna; menguasai takhta,
Hinggaku lupa segala duka.
Namun,
Aku tak mahu bungaan layu,
Aku enggan semuanya musnah,
Tinggal maya; harap yang palsu,
Membiar sanubari kembali derita.
Ellshazraa, 
25 Mac 2016, 2300pm
Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA