Wednesday 23 March 2016

P43) Belengu Fikiran

Aku; keliru membuat keputusan,
Diriku buntu, sesat di jalanan.
Utama kepentingan,
Atau pendam perasaan?
Sungguh,
Ku tak mahu belitkan simpulan.
Hidupku sering menjaga hati,
Walau terhiris, luka diubati.
Kalbu mereka dijaga teliti,
Sedang sanubari ku, terus disakiti.
Aku alpa dalam maya,
Bersama cinta nan bahagia.
Namun ku tak mahu kau terluka,
Tika aku, mengukir tawa.
Diriku amsal dilaut samudera,
Cemas, dikelilingi bahaya.
Hanya dua pilihan di minda,
Biar lemas atau ditelan bisa.
Galur hidup sudah ditentukan,
Tinggal aku; menyusun derapan,
Hanya mampu mengikut naluri,
Apa yang tergerak didalam hati.
Maaf andai tingkahku melukai,
Sedangkan jauh di lubuk hati,
Dirimu masih ku sayangi,
Namun perubahanmu memberi erti,
Diriku; tak diperlukan lagi.
Ellshazraa, 
23 Mac, 2247pm

P42) Cangkir Bahagia

Aku-- sembunyi lelah dalam senyuman,
Realitinya sarat dengan bebanan,
Meski berpurnama cuba tahu,
Ku tak yakin sesiapa mampu.
Terima kasih atas segala,
Kerna mengukir senyumku semula.
Ranjang yang sepi kini indah,
Kerana hadirmu bersama.
Maafkan andai tidak mampu,
Melayani karenahmu,
Harap kau setia sahabatku,
Walau aku tiada disisimu.
Derap langkah diisi namamu,
Setiap tenunan dihiasi suaramu,
Bukankah kamu mencuri fikiranku?
Sehingga tiada lain dihatiku.
Seluas samudera kasih sayang,
Tak setaraf rindu padamu,
Wajah sahabat kerap terbayang,
Penuh cinta bersaluti rindu.
Ku mahu kau hiasi duniaku,
Saban hari menemaniku,
Biar singkat masa denganmu,
Cukup sekadar mengubat rindu.
Ellshazraa, 
20 Mac 2016, 1600pm
Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA