Wednesday 27 April 2016

P74) Diari Kegelapan

Sampai kapan jasad kan hanyut,
Siapa kan datang menghulur karcis?
Selagi nadi masih berdenyut,
Selama itulah jiwa dihiris.
Hanya kaki berpijak didunia,
Sedangkan roh masih berlegar,
Terpedaya akan helah maya,
Tersesat jauh dari pencipta.
Sediakah aku menerima azab?
Sementara diri tiada amalan,
Tanamkan syurga; terus berharap,
Sedangkan hidup tiada bekalan.
Muliakah impian tanpa usaha?
Sucikah sifat cintakan dunia?
Terlalu taksub hidup nan mewah,
Berakhir di alam tiada hujungnya.

Ellshazraa,
Dataran SMKSP
April 27 2016, 0810am

P73) Kalam Nan Perit

Terasa hati; dihantui kelam,
Atma kecewa ditikam raga,
Menghakis nyali tertusuk dalam,
Merobek jiwa; berdarah hampa.
Saat diri mulai selesa,
Datang dugaan menduga rasa,
Lantas atma disiat duka,
Menghiris segala tenteram dijiwa.
Sungguh sakit ditikam lidah,
Tajam sehingga menusuk jiwa,
Lukanya dalam-- terpahat di atma,
Biarpun perit; ku cuba bersabar.
Demikian kejam aksara manusia,
Cubaan membunuh tanpa puncanya,
Yang wujud hanya benih derita,
Kerana kata; diri binasa.
Kini ku bebas dari dilema,
Tiada guna terus sengsara,
Kerna adil bakal tercipta,
Meski masa berganti masa.
Ellshazraa, 
April 25 2016, 1945pm








Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA