Wednesday 23 March 2016

P39) Layu Dek Kehampaan

Hari ini malamku suram,
Radang berbaur geram.
Memang aku yang ambalela,
Ku akui tanpa curiga.
Aksaramu mengguris kalbu,
Membuat aku terdiam kaku,
Mengalir mutiara dek buntu,
Ranjang yang gelap kian syahdu.
Aku hanya marhaen lemah,
Tiada sekelumit pun sempurna,
Namun aku punya rasa,
Pabila hati hampa; kecewa.
Bukan mudah meluah rasa,
Yang terperosok di dalam jiwa,
Tiada siapa memahaminya,
Biar saja pendam derita.
Ranjang lamamu kelam,
Kau merintih; suram.
Kini tirai baru dibuka,
Bulan cerah terangi malam,
Sedang aku? Dicangkir lama.
Adakah aku terlalu hina?
Diherdik; dimara sedemikian rupa,
Aku picisan tiada upaya,
Menyusahkan; sarat dosa.
Langkah sasar tiada sengaja,
Terjerumus di kancah duka,
Aku terbungkam; terkesima,
Hilang daya tuk beraksara.
Tiada guna membela diri,
Hakikat tetap dianggap dusta,
Lebih baik berdiam diri,
Terbujur bagai tiada nyawa.
Yang cerah kini gelita,
Mentari lenyap tak diduga,
Tinggal aku dikala senja,
Masih sendiri, atma terseksa.
Ellshazraa, 
19 Mac 2016, 2152pm

P38) Hanya Kamu Dihatiku

Cinta kita berkembang jelita,
Harum mewangi, mekar di kelopaknya.
Bertiup lembut bersulam rindu,
Cabangan akar tiada penghujung.
Bersamamu kenangan indah,
Walau sesekali tiada mesra di jiwa.
Pertengkaran lumrah bercinta,
Jika tiada yang pahit,
Bagaimana kan merasa manisnya.
Walau berjuta pilihan di hadapanku,
Jantung memilih jadikan kamu nadiku.
Walau beribu mengaku,
Bisa membahagiakanku,
Hati memlilih kamu,
Untuk berada disampingku.
Apabila cinta membuka tirai,
Mulalah rindu menguasai diri.
Sungguh aku tidak mampu menahan,
Rasa siksa dan perihnya raga ini.
Segala ungkapan manis janjimu,
Ku simpul mati ku pahat di ingatan.
Percayalah jua padaku,
Yang cinta ini akan ku pertahankan.
Selagi hayat ini dikandung badan,
Tidak akan engkau aku persiakan,
Selagi degupan masih berjalan,
Tak akan pernah  aku tinggalkan.
Aku sedar diri tak sempurna,
Namun,
Kerana engkau bersumpah setia,
Berjanji sungguh sentiasa bersama,
Kotakan lah harapan itu,
Jangan dijadikan janji yang palsu.
Andai tidak ditakdirkan bersama,
Untuk melayari bahtera.
Sungguhku mahu kau bahagia,
Simpanlah segala kuntuman nan indah.
Selitkan bersama kenangan peristiwa,
Jujur aku sentiasa bahagia,
Bersama kamu yang dicinta.
Berpautlah pada pegangan ini,
Tabah dan sabar menjalani  dugaan,
Kerana di sebalik ujian,
Tersembunyi hikmah; perbaiki hubungan.
Tempat istimewa hanya satu,
Meski ribuan datang kepadaku,
Walau jauh lebih baik darimu,
Tetap hanya kamu dihatiku.
Ellshazraa, 2015
Tajuk & Tema dari Syahira
Copyright 2019 Reserved to ELLSHAZRAA